APA ITU JOOMLA
Joomla adalah satu Sistem Pengurusan Kandungan atau lebih dikenali dengan Content Management System (CMS). Sistem ini telah dibangunkan oleh Open Source Matters atau (OSM). Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcara PHP (Hypertext Preprocessor) dan pengkalan data MySQL. Sistem ini telah dilancarkan dengan menggunakan lesen dari GNU/GPL(Free Software). Sekarang dengan jumlah komponen dan modul tambahan hampir mencecah 10,000. Ini memudahkan kepada semua pengguna.
Sistem ini telah diedarkan secara percuma, dan ia menjadi salah satu sebab mengapa sistem ini menjadi pilihan kepada pihak individu atau korporat. Pada awalnya sistem ini lebih digunakan oleh pihak individu sahaja untuk membangunkan laman peribadi. Sekarang khususnya di Malaysia terdapat beberapa Syarikat kecil dan besar telah menggunakan sistem Joomla untuk membangunkan laman untuk syarikat mereka.
PERSEDIAAN
Sediakan beberapa perkara berikut;
1. Sebuah PC OS WinXP/Vista (tutorial ini guna WinXP SP3)
2. Pasang pakej local webserver - Xampp 1.7.1 [Download di sini]
3. Pasang Joomla 1.5.15 Download di sini :
http://www.joomla.org/download.html
MEMASANG XAMPP
1. Selepas download, simpan di desktop dan klik 2 kali fail xampp 1.7.1
2. Welcome: klik Next
3. Destination folder: c:\xampp | next
4. Guna default setting: klik Install, tunggu hingga selesai. | finish.
5. Start xampp | Yes
6. Klik Start Apache dan MySql (klik unblock jika perlu)


Tutup tetingkap Xampp

UJI LOCALHOST
1. Buka IE/FireFox dan taip http://localhost <enter>
2. Klik English
3. Bila dah masuk ke laman Xampp, klik phpMyAdmin untuk uji DB

4. Tutup browser.
Selesai pemasangan Xampp dan bersambung pemasangan Joomla.
***************************************************
MEMASANG JOOMLA 1.5.15 DI LOCALHOST
1. Selepas download dan simpan fail zip joomla di desktop, extract fail.
2. Buka folder dan copy semua fail/folder joomla.
3. Buat satu folder joomla di dalam c:\xampp\htdocs
4. Kemudian paste fail yang dicopy tadi ke dalam folder c:\xampp\htdocs\joomla
5. Sekarang dalam folder joomla terdapat fail lengkap seperti berikut :

6. Setelah selesai copy, buka IE dan taip alamat http://localhost/joomla <enter>
7. Choose Language: Next
8. Pre-installation Check: Next
9. License: Next
10. Database Configuration: Untuk memasukkan maklumat ini buka IE dan taip : http://localhost/phpmyadmin/

Buat satu database nama mydb.

Klik Home | Privileges

Klik Add new user

Masukkan maklumat user

Klik Check all | Go

Anda telah berjaya membuat satu database mydb dan user mydb

Kembali kepada Joomla dan masukkan maklumat database tadi ke dalam form. Klik Next

FTP layer: Next

Masukkan maklumat site, klik install sample data dan next


Buka folder joomla dan delete folder installation.

Klik site untuk melihat laman web joomla anda.

Inilah laman web joomla yang menggunakan default template.
Rupabentuk dan skema laman web boleh diubah dengan memasang template lain.
Paparan ini juga dipanggil FrontEnd.

Untuk mengurus laman web Joomla, anda perlu login ke BackEnd atau Admin Panel.
Klik Administrator.

Taip username dan paaword > Login

Ini adalah admin panel atau dipanggil BackEnd.
Kawasan ini digunakan untuk mengurus laman web secara total.

Preview digunakan untuk melihat laman web (frontend)
Selesai pemasangan Joomla.

Download Video Pemasangan Xampp & Joomla (swf)
http://www.sendspace.com/file/fcoy6h
Kredit to : Master oxXxo from http://forum.joomlamalaysia.org/index.php?topic=2324.0
