Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Awal Muharram 1431 : Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun
NEO > General Discussion Area's > Kedai Mamak Al-Awal Maju
Kenshiin Humura
IPB Image

Doa Akhir Tahun

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga Baginda dan para sahabatNya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam... Amin...


Waktu membacanya:

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun."

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Doa Awal Tahun

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Berikut adalah Doa Awal Tahun :

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga Baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.... Amin...


Waktu membacanya:

Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Amin... Wallahu'alam..

Salam Maal HIjrah dr Kenshiin@MrSyah..1.gif
Jadikan tahun baru ini sebagai landasan utk menjadi insan yg lebih beriman kpd Nya..


Harap Blh Tlg Pinned / letak kt depan portal tu ~
dark_x
pejam celik dah nak msuk taun bru..
umor mkin mningkat..
tnggung jwb mkin bnyk...
Kenshiin Humura
Tau tkpe ~ slashlv.gif
dark_x
dah tua aku upenyer...
scorpene^
KAU MEMANG DAH TUE DARK X

AKU NIE MUDA SEPANJANG ZAMAN

UMUR AKU 19 TAHUN TAK MENINGKAT - NINGKAT PON slashswt.gif

JANGAN JELES
Kenshiin Humura
Isk2 riak sungguh ~ e5.gif
dark_x
QUOTE(scorpene^ @ Dec 18 2009, 05:58 PM) *

KAU MEMANG DAH TUE DARK X

AKU NIE MUDA SEPANJANG ZAMAN

UMUR AKU 19 TAHUN TAK MENINGKAT - NINGKAT PON slashswt.gif

JANGAN JELES


wakakaka
cacat ke ape umo x mningkat?
slashgg.gif slashgg.gif slashgg.gif
Kenshiin Humura
Dia firaun ~ 24.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.