Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Pengenalan Kepada php ~
NEO > Groups & Community > NEO Tech Talk
Kenshiin Humura
PHP adalah PHP Hypertext Preprocessor dan terdiri dari perkataan Personal Home Page. PHP adalah bahasa scripting yang boleh berinteraksi dengan server. Ia juga boleh digunakan di dalam HTML itu sendiri. Ini menjadikan PHP ini lebih senang di fahami berbanding dengan pesaingnya yang lain seperti ASP, Cold Fusion, JSP, Perl, Python dan lain-lain.

PHP telah dicipta terutama unutk kegunaan web dan boleh menghubungkan query database dan menggunakan simple task yang boleh diuruskan dengan 3, 4 baris kod sahaja. PHP adalah bahasa programming yang baru di bangunkan dalam sekitar tahun 1994/95. Malah pengunaannya masih baru di malaysia dan sedang meningkat popular kegunaannya. PHP dapat menukarkan dari static website yang menggunakan HTML ke dinamik web pages yang berfungsi secara automatik seperti ASP,CGI dan sebagainya.


Sejarah PHP

Dalam sekitar tahun 1994 apabila Rasmus Lerdorf telah meletakan bersama Perl scripts untuk mengesan siapakah yang telah melihat resumenya. Kemudian sedikit demi sedikit pengunna atau programmer mula menyukai script ini dan kemudian telah dibentangkan sebagai package iaitu Personal Home Page tools. Dengan penggalakkan ini dia telah mencipta engine untuk script ini dan mencipta tool yang lain untuk mengambil input dari HTML form:FI, Form Interpreter juga dikenali sebagai PHP/FI atau PHP2. Ini berlaku dalam sekitar tahun 1995.

Kemudian penguna mula menggunakan tool ini untuk kegunaan yang lebih rumit lagi dan pembagunan script ini telah berpindah dari orang perseorangan kepada kumpulan pembangun (group core developers) untuk membangunkan project ini. Ini adalah permulaan PHP3. Kumpulan ini terdiri daripada (Rasmus Lerdorf, Andi Gutmans, Zeev Suraski, Stig Bakken, Shane Caraveo dan Jim Winstead) yang telah mengembangkan lagi kegunaan scripting engine ini dan telah menambah simple API untuk membolehkan lain-lain programmer untuk menambahkan kuasa serta kegunaannya dengan menulis berbagai-bagai modules kepada bahasa ini.

Manakala PHP4 atau PHP version 4 pula applikasi pertamanya terdiri dari Zend engine (http://www.zend.com). Zend engine ini juga termasuk dalam package yang lain seperti MySQL untuk meningkat kan mutu simpanan procedures di dalam database. Dengan engine ini juga memboleh kan penggunaan COM dan juga CORBA bersama-sama.

Ketika ini PHP versi 4.0 (PHP4) adalah bahasa scripting yang menyatu dengan HTML dan berada di server (server side HTML embedded scripting). Dimana sintaks dan perintah-perintah yang kita masukan akan sepenuhnya dijalankan dan dikerjakan di server dan disertai pada halaman HTML biasa. PHP ini bertujuan untuk membuat aplikasi aplikasi yang dijalankan diatas teknologi web. Dalam hal ini, aplikasi pada umumnya akan memberikan hasil pada web browser, tetapi prosesnya secara keseluruhan dijalankan dan dikerjakan di web server.


Apakah kegunaan PHP4?

Hampir seluruh aplikasi berbasis web dapat dibuat dengan PHP4 ini, namun fungsi PHP4 yang paling utama adalah untuk menghubungkan database dengan web. Dengan PHP4, membuat aplikasi web yang terkoneksi ke database menjadi sangat mudah. Sistem database yang telah didukung oleh PHP4 adalah :

- Oracle
- Sybase
- mSQL
- MySQL
- Solid
- Generic ODBC
- PostgresSQL

Dimana PHP4 ini juga mendukung komunikasi dengan layanan lain melalui protokol IMAP, SNMP, NNTP dan POP3 atau HTTP.

Contoh :



my first php



Disini kita tidak perlu menulis banyak perintah untuk menghasilkan output HTML, melainkan kita menulis HTML biasa dengan tambahan tag khusus iaitu . Semua yang berada didalam tag tersebut akan diterjemahkan oleh server sebagai perintah-perintah PHP4. Perintah-perintah PHP4 tidak seperti JavaScript dijalankan di server dan bukan di client.

Untuk menjalankan script PHP4 ini, web server harus terlebih dahulu di install. Webserver yang akan digunakan ialah apache web server.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sharing Is Caring ~ slashlv.gif
ABIGOROTH
<?php echo 'hai abang'; ?>
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.