Pengalaman Kenduri Zack memang tak akan dapat dilupakan.
1. Map dipost dalam forum tetapi jalan masuk Batu Caves dah tutup terpaksa kena pusing sampai ke Selayang.
2. Gara-gara tak print map - Ingatkan kenduri di buat di dewan Seri Siantan. Paling best masa bagi AngPow pada kakak pengantin, aku sempat bertanya :-
Active : Ni kenduri Zack ke?
Orang A : Arrr.....pengantin ni nama bukan Zack
Active : Dalam hati ...alamak salah ke ni? ...
(Kebetulan tadi nampak signage Ridwan & Yaya) kena cover line la ni jawabnya.
Active : Arrr....nama pengantin Ridzwan kan....
Orang A : Ya Betul, kat office korang panggil Ridzwan tu Zack ke?
Active : (Cover line) arrr arrr betul tu.
Punyala GAH kenduri tu, kami dijemput, diiring dan makanan dia....Wahhhh!!!! dasyat. Sebab dah bagi saguhati, apa lagi, makanlah. Akan tetapi, hati kurang senang, nasib baik tadi sempat snap photo dengan hp, map zack. Rupa-rupanya memang salah. Makan cepat-cepat lepas tu bla. Alhamdullillah, akhirnya berjaya juga sampai ke dewan yang sepatutnya.
Mora of the story : Sila bawa map kalau nak pergi kenduri kawin. Hehehehehehehehe....