Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Astro baru
NEO > Groups & Community > Fun Forwarded email
lokat
Di sebuah kampung, tinggal 2 orang sahabat yang telah berkawan baik dari kecik lagi iaitu Ahmad dan Karim. Satu hari, Karim baru melanggan Astro dirumahnya. Bukan main seronok si Karim ni dengan Astro barunya tu.. 5 hari tak keluar rumah. Asyik tengok tv je.. dari channel 1 sampai 999 dia tengok..

Satu hari.. Karim berjumpa Ahmad.. bukan main seronok Karim bercerita kehebatan Astro ni.. macam2 channel dia tengok.. ada movie.. ada drama.. ada documentari.. pendek kata.. macam-macam ada.

Karim : banyak perkara yg aku belajar.. ko tau tak.. otak burung unta lagi kecik daripada matanya..

Karim : Ko tau tak.. ular tak boleh menyusur ke dapan secara lurus..

Karim : Dalam banyak2 burung.. hanya burung penguin je yg tak boleh terbang..

Ahmad yang bosan dengan sikap kawannya terus blah meninggalkan karim..

Karim : eh.. nak pegi mana.. aku tak habis cerita lagi ni..

Ahmad : Malas la layan ko.. baik aku duduk rumah main dengan kucing..

Karim : eh rilex la.. ok macam ni.. apa kata ko tanya aku soalan.. kalau aku tak dapat jawab... aku bagi ko 200 ringgit. Kalau aku tanya ko soalan, ko tak dapat jawab.. ko bagi aku 5 ringgit

Setelah puas Karim memujuk Ahmad.. barulah akhirnya Ahmad bersetuju..

Karim : Ok.. aku start dulu.. Berapakah jarak bumi dengan matahari?

Setelah berfikir seketika.. Ahmad tidak tau jawapannya dan terus menghulurkan RM5 kat Karim.

Karim : Soalan senang macam tu pon tak boleh jawab.. jawapannya ialah 149 juta 680 ribu km.. sekarang giliran ko pulak.

Ahmad : Ok.. dalam banyak2 binatang.. binatang apa yang mati hari ini, hidup esok, dan mati semula lusanya.

Puas la Karim cari jawapannya, melilau dia telefon sedara mara.. telefon Astro.. dan macam2 lagi.. habis semua talian hayat yang digunakan. Namun, jawapan yang dicari tidak juga ditemui. Akhirnya Karim mengalah dan bagi RM200 kat Ahmad.

Karim : Habis.. apakah jawapannya?

Ahmad pun tanpa berfikir panjang terus menghulurkan semula RM5 kepada Karim..

wakakaka
Syam
wakakakak sedap la dapat 200 hulur balik rm5
Dante
wakakaka..nice one..slashno1.gif
Antheena
hahahahahahaha..adoi2... hampeh bonzer
f e r 0 z
sah member bangang.
24.gif
::HeALeR::
sedap dow mcm tu...

xde sape nak wat pertandingan mcm tu ke?
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.