Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Mamat Japan dan Pemandu cab,
NEO > Groups & Community > Fun Forwarded email
Kenshiin Humura
Version 1 :-

Pada suatu hari, seorang pemandu teksi mengambil seorang pelancong Jepun yang baru melawat Kuala Lumpur buat pertama kali. Pemandu itu membawa pelancong Jepun itu ke seluruh Kuala Lumpur.
Setibanya di Midvalley Megamall, pelancong Jepun itu bertanya, "Berapa lama masa di ambil untuk menyiapkan bangunan ini?". Pemandu teksi itu menjawab, "Dua tahun". Pelancong Jepun itu pun berkata dengan sombong, "Kalau di Jepun, bangunan ini boleh disiapkan dalam masa 9 bulan sahaja".

Pemandu itu hanya senyum sahaja dan membawa mamat Jepun itu ke tempat lain pula. Kali ini, setibanya di KL Sentral, pelancong Jepun itu bertanya lagi, "Berapa lama pula tempat ini disiapkan?!". Pemandu itu pun menjawab, "11 bulan sahaja (cuba menipu)". Pelancong Jepun itu pun berkata, "Kalau di Jepun, tempat ini hanya mengambil masa 6 bulan sahaja...". Pemandu teksi yang geram dengan pelancong Jepun yang angkuh itu terus memandu ke KLCC, dan sekali lagi pelancong Jepun itu bertanya, "Bagaimana pula dengan bangunan ini..?". Pemandu itu buat-buat terkejut dan berkata, "Eh, eh! semalam tak ada pun bangunan ni, bila pulak dibina...?"


21.gif

Version 2 :-

Pada suatu hari, seorang pemandu teksi mengambil seorang pelancong Jepun yang baru melawat Kuala Lumpur buat pertama kali. Ketika berada di lebuh raya, sebuah kereta Nissan telah memotong teksi tersebut.

"Oh Nissan...very good! very fast! made in japan!," pelancong itu berkata. Pemandu teksi itu pun tidak endah akan pelancong tersebut. Tiba tiba, sebuah kereta Honda telah memotong teksi tersebut.

"Oh Honda...very good! also very fast! also made in japan!," pelancong itu berkata lagi. Pemandu teksi itu juga terus memandu tanpa menghiraukan pelancong tersebut.

Tiba tiba, sebuah kereta Toyota memotong teksi tersebut. Pelancong itu pun berkata, " Oh Toyota! very good! very fast! made in japan!!' Kali ini pemandu teksi tersebut memang naik angin atas sikap pelancong ini. Namun dia tetap berdiamkan diri.

Apabila sampai di hotel pelancong tersebut. Pelancong itu pun bertanya berapakah tambang teksi tersebut.

Pelancong : How much for the trip?
Pemandu Teksi : RM 1000
Pelancong : OH MY GOD! WHY SO EXPENSIVE?! ARE YOU TRYING TO CHEAT ME?

Pemandu teksi itu pun menuding jari ke meter teksi tersebut dan berkata : This meter! Very good! Very fast! Made in JAPAN!


78.gif



Sham89
OWNING~~
Kenshiin Humura
Kah3, auta jugak mat2 jepun nih ~ slashwah.gif
f e r 0 z
dasar mmg kene buli balik

24.gif
Amar
wah ownz tul yg 2nd tuh. wakakakak revenge of the teksi dreba.
Kenshiin Humura
MALAYSIA BOLEH LOL ~ 21.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.