Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Segmen / Ruangan muhasabah diri ~
NEO > General Discussion Area's > Kedai Mamak Al-Awal Maju
Pages: 1, 2
Kenshiin Humura
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh ~

Kita selalu bertanya, kenapa dan mengapa tetapi Al-Quran telah pon menjawapnya, Tetapi kita selalu lupa dan melupainya ~

1. Kenapa aku diuji ?
Jawapannya, Surah Al-Ankabut (ayat 2~3)

2. Kenapa aku tak dapat apa yg diidam-idamkan ?
Jawapannya, Surah Al-Baqarah (ayat 216)

3. Kenapa ujian seberat ini ?
Jawapannya, Al-Baqarah (ayat 286)

4. Kenapa rasa kecewa ?
Jawapannya, Al-Imran (ayat 139)

5. Bagaimana harus kuhadapai ?
Jawapannya, Surah Al-Baqarah (ayat 45)

6. Apa aku dapat dari semua ini ?
Jawapannya At-Taubah (ayat 111)

7. Kepada siapa ku berharap ?
Jawapannya At-Taubah (ayat129)

8. Aku tak dapat tahan !!!
Jawapannya, Surah Yusuf (ayat 12)

Renenung2Lah Sahabat Serta Saudaraku ~ 1.gif

(Minta jasa baik MODS/ADMIN supaya pinned kan topic yg tak seberapa ni)
(Kalau sudi, terima kasih ALLHAMDULILLAH)
ABIGOROTH
weiii bagi la ayat skali ni bagi no ayat je.. kene buat homework lagi
Sham89
Usaha tangga kejayaan... slashno1.gif
Kenshiin Humura
Ahh semua nak senang, makan nak aku suapkan ~ ?
Aku dah tlg fowardkan, tuk kawan2 kira ok ler, lain2 tue mustila study ~ 1.gif
Sham89
Bukak al-quran terjemah...
wan
1. Kenapa aku diuji ?
Jawapannya, Surah Al-Ankabut (ayat 2~3)

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

2. Kenapa aku tak dapat apa yg diidam-idamkan ?
Jawapannya, Surah Al-Baqarah (ayat 215) <<< BUKAN 216

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan". Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

3. Kenapa ujian seberat ini ?
Jawapannya, Al-Baqarah (ayat 286)

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.

4. Kenapa rasa kecewa ?
Jawapannya, Al-Imran (ayat 139)

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

5. Bagaimana harus kuhadapai ?
Jawapannya, Surah Al-Baqarah (ayat 45)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

6. Apa aku dapat dari semua ini ?
Jawapannya At-Taubah (ayat 111)

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

7. Kepada siapa ku berharap ?
Jawapannya At-Taubah (ayat129)

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

7. Kepada siapa ku berharap ?
Jawapannya At-Taubah (ayat129)

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

8. Aku tak dapat tahan !!!
Jawapannya, Surah Yusuf (ayat 12)

Biarkan dia pergi bersama-sama kami esok, supaya dia bersuka ria makan minum dan bermain-main dengan bebasnya; dan sesungguhnya kami akan menjaganya dengan sebaik-baiknya".
~Last~Utopia~
[b][size=20]Sekali show puas ati da.
Kenshiin Humura
Nih, sebenanrnya jawapan tuk diri kita sndri, aku bukak thread untuk sama2 muhasabah diri ~
MatSky
Utk setiap org yg baca post ni.. Sbnyk tu la korang dpt pahala.. Goodjob.. Lps ni jgn salah kan tuhan lagi.. Find wats da problem wit urself first.. This also goes to me..

"pinned"
Kenshiin Humura
Trimas Mat ~
Dgn jalan nih rasa seronok dpt berdakwah sambil2 berforum ~
(Berdakwah & sentisa ingat mengigati)
wan
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat".
Exianaron
nice thread..
style..
and thanks..
Kenshiin Humura

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...



ASSALAMU'ALAIKUM WARAMATULLAHI WABARAKAHTUH. .,
LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI
APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK
BERMINAT ATAUTIDAK PERCAYA. TETAPI ANDA JANGAN BUANG RISALAH
INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN
KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH.
WASSALAM.
KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS
'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m'
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
A) Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.
B) Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan
Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari.
C) Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya
Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus
Al-Quran.
D) Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca Surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca Surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
E) Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku
walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya
3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Miyuki Nanase
Mengatasi Marah..

Marah ni adalah satu keadaan di mana kita akan rasa panas di dalam hati terhadap seseorang. Kerana itulah disifatkan marah itu adalah api. Cara untuk memadam api ialah dengan mencurahkan air ke atas api tersebut. Tapi, kalau api tu ada dalam hati, takkanlah kita nak curah air senang-senang je, ye tak?

Ni serba sedikit cara mengatasi marah dipelajari:

1. Cepat-cepat ingatkan orang yang sedang marah itu dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw.

2. Kalau sedang berdiri, cepat-cepat duduk untuk mengelakkan tangan kita lancang memukul orang atau mencapai barang untuk dibaling. Jarang orang marah dalam keadaan duduk kan?

3. Kalau tak berkesan duduk, suruh je dia baring terus..

4. Ambillah wuduk. Wuduk itu dapat membuang segala kekotoran pada diri kita..

5. Minum air kosong banyak-banyak ketika marah.. Cara ni dapat meredakan marah..

6. Lari daripada melihat muka orang yang nak dimarahi...

Ada pun ingatlah ketika kita marah, muka kita akan nampak hodoh sekali. Almaklumlah, muka kita nampak bengis dan berkerut seribu sewaktu marah..
Cuba bayangkan wajah seseorang yang sentiasa tak lekang dari senyuman.. Sejuk je mata memandang, kan?

Lgpun, x perlulah keluarkan maki hamun atau apa2 aje.. sbb selain tmbh dosa, setan pon suke...

Fakta memang menunjukkan orang yang selalu marah cepat tua..

bila ada ruangan ni? x sdr la.. nway, bgs la saling ingt mengingati pd dri sdri dan juga teman2 lain..
Kenshiin Humura
Sapa2 lagi yg ada info2 berkaitan segmen renungan & yg sewaktu dengannya meh la share kat sini, bagi dlm satu tmpt ~ 1.gif
Miyuki Nanase
Mazmumah Menghapus Bahagia Hati

Antara puncanya adalah sifat mazmumah yg bersarang di dalam hati.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. cam pantun zmn sekolah, dlm semak ada duri, ayam kuning buat sarang, org tamak selalu rugi, cam anjing ngan bayang-banayng

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja.. heh.. heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn aper yg kita ada(harta, ilmu amal dll)

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. dan biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So.. sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain
Miyuki Nanase
surah al ikhlas tu mmg byk manfaatnyer...

baca sekali, ibarat membaca 1/3 Al-QUran
Baca 2x ibarat membaca 2/3 Al-Quran
Baca 3x, iabarat khatam 1 Al-Quran

Baca 11x, allah SWT bangunkan rumah untuknya di syurga

dan walaupun baca sekali.. ibarat mendapat pahala seperti pahala syuhada

ini.. ada terbaca di mana yer.. lupa da...
Kenshiin Humura
Lebih baik kalau kita hafal semua, berapa kerat umat islam / kita yg hafal al-quran berserta terjemahan ?

Kerana ibu bapa sibuk hantar ke sekolah akademik, pasal agama + al-quran yg penting untuk seseorang yg bergelar muslim dipinggirkan, oleh sebab itulah kat malaysia nih mcm2 perkara buruk terjadi, tuhan tunjukkan, cuma sebab manusia nih jahil, so tak amik care sangatlah ~

Fikir2kan lah jenis islam apa yg goverment memerintah skang nih guna pakai ~ questionmark.gif
Exianaron
Aku Bukan Musuh Harta..
Lagu Ciptaan Ustaz Asri Bekas Mufti Perlis
Dinyanyikan oleh Kopratasa
Lagu tu RTM Ban Xtau Nape Maybe Sebab Kantoi Botting Kut hahaha...
Cek La Lyric Kat U tube Pon Ade Style
calo beteh~~
Kenshiin Humura

Assalamualaikum wbh

Dalam artikel lalu saya telah menceritakan tentang pengaruh permakanan dalam pembinaan gigi yang cantik. Sila baca artikel saya bertajuk Agar gigi anak-anak tersusun rapi. Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu.

Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikanNya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.


Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1. Hati
2. Jantung
3. Paru-paru
4. Perut
5. Hempedal
6. Buah pinggang
7. Jantung
8. Buah pinggang
9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
10. Telur ikan.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?



Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan.. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.


Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :

1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya

3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau.

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.


Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap.

Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita. Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.

Sekian wassalam wallahualam

(Info daripada, salah seorang teman rapat)
Kenshiin Humura
Kejayaan Yahudi Laknatullah


Seminit untuk kita beringat...
DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak yang
tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustanyang
panjang berjela... Adaanak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi
boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa
depa...... berjaya sudah Yahudi.... Hinggakita terfikir......
bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2.. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..
di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah...
kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...
filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...
Adakah filem yang tiada adegan sex?
Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja...
sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan
yang kononnya mau di gelar 'up to date'..
Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari
kabaret.....( aku tengok dari filem P Ramlee )....

4. .....Sport...
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan
perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan...
hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga....
Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.....
yang menonton pun tak sembahyang juga ......
Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak
nampak macam mana masuk GOL......
Yahudi gol lagi......sampai ada ulamak kata...kerana sukan
...sembahyang boleh tangguh...Mashaallah,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan....
Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga...yang menayangkan buah mangga artis perempuan....
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....
pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..
terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena
mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi....
apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?...
kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi......

7....Fashion....
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam..
sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat
yang kekadang menampakkan pusat?
Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...
Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.....
Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...
Kalau dah rambut diwarnakan.... sembahyang pun tak sah...
malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...
itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....
Umat islam sudah jadi macam Yahudi.....

8. .. Food..Makanan..
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah
MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...
Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....
masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
tapi makanan Barat menjadi kebanggaan...
Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang
halalnya? Contoh Kentucky ..rempahnya datang dari Amerika....
siapa nak pergi check...halal ke tidak?
Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap...
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam
yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....
Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......
yang lain-lain entah macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan
ALLAH............ oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan
manusia dengan kepentingan Allah......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA
MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA'EEN

Kenshiin Humura
Ustaz Shamsul Zaman @ Ustaz Budak ~













Pedulikah kita selama ini ? Mahukah kita tergolong dalam golongan tersebut ? slashsob.gif

CINTAILAH AGAMA KITA, YAKNI ISLAM !!!!
Sham89
bgs la kenshin ..aku da lama cari surah ape ptt baca tu..baguih.. slashno1.gif


BOYCOTT ISRAEL!!! HIDUP MALAYSIA merdeka.gif
Kenshiin Humura
No probs, apa guna ada internet, kawan2 / teman2 yg aku kenal tapi aku tak dapat nak jumpa, dan aku ada banyak info mengenai ISLAM dan tak dapat sebarkan, baik aku cut je internet ~
Kenshiin Humura
*Pelik ya,duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

*Pelik ya,30 minit terasa begitu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuksatu cerita komedi.

*Pelik ya,betapa lamanya satu jam berada di masjid tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di pawagam.

*Pelik ya,tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu tapi tak pernah puas dengarlagu kesukaan kita walaupun dh ulang berkali-kali.

*Pelik ya,dengar iklan jualan murah di TV rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah tapidengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

*Pelik ya,pasar malam jauh sanngup naik kereta pergi tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah.

*Pelik ya,susah sungguh merungkai kata untuk diperanjatkan saat berdoa atau solat tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

*Pelik ya,betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bacaannya lama dan panjang.

*Pelik ya,rasa susah sugguh untuk menghabiskan al-QURAN walau satu halaman tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis dilahap.

*Pelik ya,ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert tapi berebut cari saf belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

*Pelik ya,susahnya mengajak orang menyebarkan dakwahtapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip.

*Pelik ya,kita begitu percaya pada yang dikatakan di emel internet SMS,MMS tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-QURAN.
Exianaron
nice post..
ustaz nizam tu sape ek..
ustaz budak??
die ade ikut2 politik tak???
just nak tau sbb aku kureng siket dgr2 ustaz yg ade belah2 politik..
ok..
Nway thanks..

yang pasal pelik2 tu semue biasa la tanda2 umat akhir zaman slashno1.gif
Kenshiin Humura
Dia takde kena mengena dgn politik, tapi apa yg dia sampaikan korang leh fahamkan apa itu politik & kaitannya dengan Islam ...

Apa yg diteragkan beliau adalah apa yg tertulis didalam Al-Quran & Hadith sahih ~
Kenshiin Humura
PERASAAN SEDIH AKAN TIMBUL APABILA MENGENANGKAN IBU KITA..

ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya
untuk shopping bersamanya kerana dia
menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya
sebenarnya tidak suka pergi membeli belah
bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami
pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang
menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya
mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan
mengembalikan semuanya. Seiring hari yang
berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas
riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami
kunjungi,
ibu saya mencuba satu baju kurung yang
cantik
Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk
kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu
saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu
mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah
mencuba untuk mengenakannya. Ternyata
tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh
penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat
melakukannya, seketika ketidaksabaran saya
digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam
kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba
menyembunyikan air mata yang keluar tanpa
saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan
lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk
membantu ibu mengenakan pakaiannya. Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya.
Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian
tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari
ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya
tetap saja kembali pada saat berada di dalam
fitting room tersebut dan ter bayang tangan ibu
saya yang sedang berusaha mengenakan
pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan
kasih, yang pernah menyuapi, memandikan
saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk
saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya,
sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya
dengan cara yang paling berbekas dalam hati
saya. Kemudian pada malam harinya saya
pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya,
lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut,
saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua
tangan tersebut adalah tangan yang paling
indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa
Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan
sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya
kasih sayang yang penuh pengorbanan dari
seorang ibu... Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari
kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki
keindahannya tersendiri.. Dunia ini memiliki
banyak keajaiban , segala ciptaan Tuhan yang
begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat
menandingi keindahan tangan Ibu...

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya..........

"Wahai Tuhan ku tak layak kesyurgaMu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya Allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"

AMIN
Miyuki Nanase
salam kenshin.. blh wat rumusan @ summary utk vc ustaz shamsul zaman tu?
pc ni xde speaker la...
slashsob.gif
Kenshiin Humura
QUOTE(Miyuki Nanase @ Jan 30 2009, 02:37 AM) *

salam kenshin.. blh wat rumusan @ summary utk vc ustaz shamsul zaman tu?
pc ni xde speaker la...
slashsob.gif


waalaikum salam, hurm rumusan + summary dia, erm ustaz shamsul zaman nih beri penerangan mengenai, al-quran & hadith2 sahih + ustaz shamsul nih punya ceramah direct to the point + takda lembut buat ceramah, contoh, yg haram tetap haram, yg salah tetap salah, mengenai pemimpin, mengenai sembahyang, mengenai sebelum dan selepas solat ~

Pada aku, ceramah ustaz nih mmg patut didengar oleh muda mudi sekarang ~
Biar terbeliak bijik mata + terkluar tahi2 telinga ~ slashno1.gif
Kenshiin Humura
Ustaz Budak - 4 Sifat Berjaya Dalam Hidup

Part 1



Part 2



Part 3



Part 4



Part 5



Part 6

Kenshiin Humura
Tanda - Tanda Kiamat Yg Semakin Hampir !!!!!

Telah dinyatakan bahawa
tanda-tanda kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya
hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda-tanda kiamat besar.
Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90
tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya.

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan
terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad
s.a.w. sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam
Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.


Tanda-tanda menurut dalil
Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari
Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku
menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan
salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih
Bukhari[1]

Zina bermaharajalela(YANG PALING BYK BERLAKU SKRG NI KAN?)
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang." - Sahih Muslim

Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik(DAH BERLAKU DA)
Bermaharajalela alat muzik(SNDIRI MAU INGAt BTAPA BYK PENYANYI SKNG NI)
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan
muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal
ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

Menghias masjid dan membanggakannya(CAM MASJID@ YG GAH KT MALAYASIA NI>>PHM2 SUDAH)
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik(BYK DA CONTOH)
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -
Riwayat Ahmad dan Hakim

Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan(INI LA YG BERLaKU SKNG,ILMU AKHIRAT DIABAIKAN)
Ramai orang soleh meninggal dunia(BETUL,XDA ULAMA NT HBS LA SUME)
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang
baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya
kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang
makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

Orang hina mendapat kedudukan terhormat(SNDIRI MAU INGT)
Di
antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai
oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling
baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang
mulia" - Riwayat Thabrani

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja(BIASA SGT DA NI)
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang (OPS>>
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul
pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti
telanjang."

Bulan sabit kelihatan besar[petikan diperlukan]
Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
Pada
akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum
pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah
dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" -
Sahih Muslim

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar(HUH...!!!SELALU DA NI)
Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa(DA JD AMALAN ORG SKNG NI)
Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)(SNDIRI MAU INGAT)
Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari

Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda(MCM@ COLOUR DA AIH)
Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka
dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan
mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai

Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa
takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

-hadis bawah-

Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
-hadis bawah-

Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
-hadis bawah-

Orang akan melakukan homoseksual.
-hadis bawah-

Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)

Berkurangnya sifat amanah

-hadis bawah-

Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

-hadis bawah-

Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

-hadis bawah-

Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

-hadis bawah-

Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

-hadis bawah-

Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

-hadis bawah-

Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang
(milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi
rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya
dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar
kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi
pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina
(berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi
ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang
lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera
biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat
muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk)
umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan
angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau
tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji
secara berterusan". - Riwayat Tarmizi



Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

-hadis bawah-

Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...

-hadis bawah-

Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

-hadis bawah-

Memandang rendah kepada darah

Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh
apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh,
ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada
penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk
menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan
seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun
orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani &
Ahmad



Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat:
Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan
berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya
berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad



Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka
adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang
paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik
(pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.



Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh
pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat
Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah



Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui
sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada
ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim

Banyaknya berlaku gempa bumi[2]
Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]
Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat,
banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan
iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2]

Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba

-hadis bawah-

Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

"Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" Hasan At-Tayalisy."
Miyuki Nanase
hr tu ada terbca tp lupa kat mana.. artikel tu tnjuk graf akhir zmn n waktu thn 2009 ni da dkt sgt da ngan turunnya imam mahadi nanti dr tempon 1,500 tahun dr zmn Rasulullah saw
Syam
wah Miyuki Nanase lama takder ke mana
Sham89
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama



4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Lagi...



Wahai Sabahat,

Untuk renungan bersama.

Subject : Mukjizatnya Azan....

Mukjizatnya Azan....

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

Bagi Yang Sedang Main Game, Slowkan Sound Speaker.. Bagi Yang Sedang Rancak Berborak, Berhentilah Seketika, Azan Bukan Lama Pun.. 5 Minit Pun Tak Sampai.. Hormatilah Azan..

**Credit To A Friend Of Mine
Miyuki Nanase
merajuk sbb da gugur taraf member neo kt forum.. da xanggap kiter gang da..
10.gif
Syam
org update aritu ..

sapa tak online kena drop la ..

lg pon dah berapa taun tak online
set
nanti pok syam add u balik
Miyuki Nanase
mana ada brp tahun.. bulan2 je kot...
pergi bertapa menuntut ilmu la...
hehe xkisah la.. lgpun im not an active gamers anymore...
Sham89
Miyuki ni perempuan ke? hahahah 24.gif

Bajet laki lar td..
lokat
awek cun tu.. mmg berbaloi..
Sham89
hahahahah bonze... slashheh.gif 24.gif
Miyuki Nanase
Sempena Maulidur Rasul...


--------------------------------------------------------------------------------
Hissan bin Thabit r.a., seorang sahabat Rasulullah s.a.w. menuturkan sajak yang memuji Rasulullah s.a.w.:

يا ركن معتمد وعصمة لائـذ ومـلاذ منتـجـع وجـار مجـاور
يا من تخـيّـره الإلـه لخلقه فحبـاه بالخلـق الزكـي الطاهـر
أنت النبي وخير عصبـة آدم يـا مـن يجود كفيـض بـحر زاخر
ميكال معك وجبرئيل كلاهما مــدد لنصـرك مـن عزيـز قادر

Maksudnya:

"Wahai tiang, tempat bersandarnya orang yang bersandar,
Tempat berlindung orang yang berlindung kepadanya,
Tempat meminta tolong orang yang kesusahan,
Dan penyelamat orang yang memohon penjagaan!
Wahai makhluk pilihan Allah bagi makhlukNya,
Maka Allah menganugerahkan kepadanya akhlak yang suci,
Engkau adalah Nabi dan sebaik-baik keturunan Adam,
Wahai Nabi yang Pemurah bagai limpahan lautan yang luas,
Mikail dan Jibril selalu menyertaimu.
Kedua-duanya bersedia untuk menolongmu,
Sebagai bantuan daripada Tuhan yang Maha Mulia lagi Maha Perkasa

*Selamat Menyambut Maulidur Rasul kwn2 sekalian...

i shemale la..
aww!!~~
Kenshiin Humura
Wah contoh2 calon .... slashgg.gif
Kenshiin Humura
Huh, lamo aku tak taruk bahan...
Takpo2, sikit masa lagi rajin le balik aku on + share info2 berkaitan agama...
Yg terbaik buat semua ... 1.gif

HATI2 MELAWAT ORG MENINGGAL


Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah. ...
Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang... . please take note of
this for our own good.... org tua-tua used to say.... bila balik from
melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar
baru tegur anak2 dirumah.

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi
perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya,
tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula
menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya
bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi
dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak
berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat
saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang
tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut.
Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan
hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang.
Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata
di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang
hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke
bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri
untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari
Allah...katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian
jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal
mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah
mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu
menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi
saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd
hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini,
mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa
petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang
sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang
diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang
disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya
(dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan.
Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti
kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang
dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian
datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan
mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan
air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut.
Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man
(tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan
bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu
yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku
pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah
banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man
meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik
Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi
saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi
saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin
yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama
terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang
terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan
ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang
ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada
saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga
yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari
ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat.
Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk
bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan
itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu
terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga
berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba
sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur
kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man
sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari
alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke
alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya
sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran,
tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang
kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan
rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat
untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih dan
saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup)
dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah
meninggal.
Eones
[quote name='Kenshiin Humura' date='Oct 24 2008, 08:14 PM' post='89109']
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh ~

Kita selalu bertanya, kenapa dan mengapa tetapi Al-Quran telah pon menjawapnya, Tetapi kita selalu lupa dan melupainya ~

1. Kenapa aku diuji ?
Jawapannya, Surah Al-Ankabut (ayat 2~3)

2. Kenapa aku tak dapat apa yg diidam-idamkan ?
Jawapannya, Surah Al-Baqarah (ayat 216)

3. Kenapa ujian seberat ini ?
Jawapannya, Al-Baqarah (ayat 286)

4. Kenapa rasa kecewa ?
Jawapannya, Al-Imran (ayat 139)

5. Bagaimana harus kuhadapai ?
Jawapannya, Surah Al-Baqarah (ayat 45)

6. Apa aku dapat dari semua ini ?
Jawapannya At-Taubah (ayat 111)

7. Kepada siapa ku berharap ?
Jawapannya At-Taubah (ayat129)

8. Aku tak dapat tahan !!!
Jawapannya, Surah Yusuf (ayat 12)

Renenung2Lah Sahabat Serta Saudaraku ~ 1.gif

(Minta jasa baik MODS/ADMIN supaya pinned kan topic yg tak seberapa ni)
(Kalau sudi, terima kasih ALLHAMDULILLAH)
[/quote]



Makasih slashno1.gif
[/quote]
Miyuki Nanase
Ibarat Pinggan..

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

Semoga bermanfaat...


Kenshiin Humura
Thank you...

Sapa2 lagi yg ada info2 berkaitan agama, jgn la segan2 nak share kat sini...
Insyaallah akan dimanfaatkan...
Kenshiin Humura
Darihal puasa, iman dan ketaqwaan

Kalau solat menjadi tanda aras dan kayu ukur penganut ajaran Tauhid, nescaya hal ini sukar kita bincangkan. Ini kerana, sukar kita melihat penganut agama, selain Islam melakukan solat.

Walaupun sesekali kita pernah terdengar dan membaca bahawa di sana, ada beberapa penganut agama Yahudi misalnya pernah bersolat seperti penganut Islam juga. Tetapi, dalam realiti sekarang, sulit untuk kita perhatikan gerak laku solat penganut agama lain yang mirip kepada Islam.

Al-Qur'an yang merincikan solat penganut agama lain dengan penganut Islam terletak pada surah Ali Imran ayat 43.

"Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan solat) bersama-sama orang-orang yang rukuk."

Ada riwayat yang menyatakan bahawa solat yang mempunyai rukun rukuk di dalam solat ialah solat penganut Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana solat penganut Nasrani tidak mempunyai rukuk. Wallahu'alam..

Menurut sesetengah pendakwah dan penceramah yang dahulunya Kristian Nasrani, pernah menyatakan bahawa Nabi Isa a.s menunaikan solat; suatu upacara keagamaan, ajaran Tauhid yang berasal daripada Ibrahim a.s.

Bagaimanapun, ciri-cirinya yang asli telah luput ditelan gelombang putaran ganas dan keasliannya rupa parasnya telah pudar dilapah arus masa.

Puasa, lambang amalan agama samawi

Oleh kerana, dialog mengenai agama di negara kita belum mencapai tahap yang baik, maka ada beberapa hal perbincangan yang tidak dapat kita lanjutkan di sini.

Bagaimanapun, tetap sahaja ada amalan agama Islam yang masih sama dan mirip kepada ibadat penganut Islam, iaitu puasa.

Manakala, amalan-amalan lain seperti solat, zakat dan menunaikan fardhu haji tidak mirip kepada amalan penganut lain.

Seperti yang difirmankan Tuhan di dalam al-Qur'an, "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)

Pertamanya, dari nas ini umat Islam dapat mengenali agama-agama lain sebagai agama samawi dengan merujuk amalan berpuasa itu. Antara agama-agama yang memiliki ciri persamaan dari sudut amalan ini, iaitu berpuasa ialah Buddha, Hindu, Kristian dan juga Yahudi. Bagaimanapun, cara bagaimana amalan berpuasa dilaksanakan, ada sedikit perbezaan.

Jenis dan martabat berpuasa itu juga berbeza-beza mengikut agama, adat budaya bangsa dan martabat kerohanian seseorang itu.

Lantaran itulah, Tuhan menyatakan di hujung ayat itu, dengan harapan, amalan berpuasa yang kita lakukan itu dapat meningkatkan martabat kerohanian kita ke darjat ketaqwaan, iaitu darjat yang teragung dan paling tinggi.

Disebutkan dalam al-Qur'an, bahawa Tuhan menyeru orang yang beriman agar mencapai darjat ketaqwaan. Ini kerana, orang yang beriman, belum tentu dapat mencapai darjat ketaqwaan. Tapi, orang yang bertaqwa, sudah pastilah mereka beriman.

"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya, dan janganlah kamu mati melainkan berada dalam Islam. (Ali Imran: 102)

Juga kepada orang yang beriman itu, Allah s.w.t meminta mereka bertaqwa dengan cara menyatakan perkara yang benar walaupun pahit didengar. Ini kerana, orang yang beriman pun belum tentu dapat menyatakan perkara yang benar.

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, maka Allah memperbaiki bagi amalan-amalanmu, dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.." (Al-Ahzab: 70 - 71)

Maka, hendaklah orang-orang yang beriman itu berjuang mendapatkan tempat di martabat ketaqwaan. Ini kerana, hanya yang mampu menyatakan kebenaran itulah yang layak digelar mencapai darjat ketaqwaan.

"Wahai orang-orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan setiap orang hendaklah perhatikan apa yang telah diperbuatkan untuk hari esok (akhirat).." (Al-Hasyr: 18)

Orang-orang yang beriman turut diseru mencapai darjat ketaqwaan dengan menyediakan amalan sebagai bekalan untuk hari akhirat mereka. Ini kerana, ramai orang beriman, tetapi seperti tidak mengendahkan amalan mereka untuk akhirat.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan segala kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar." (Al-Anfal: 29)

Kita biasa berdepan dengan kebuntuan hidup dalam kehidupan. Seolah-olahnya mereka gagal mengenal mana satu berlian dan permata, yang mana intan dan yang mana kaca. Mana yang betul dan salah.

Dan, kita seperti tidak berupaya mencari penyelesaiannya. Kenapa jadi begitu, walhal kita telah mengaku beriman kepada Tuhan? Mustahil Tuhan akan meninggalkan orang-orang yang beriman itu teraba-raba dalam mencari jawapan terhadap setiap permasalahannya itu.

Maka, jawapannya ialah - orang yang beriman yang ditimpa permasalahan tadi, masih tidak mencapai darjat ketaqwaan. Dan jika orang yang beriman itu bertaqwa, maka nescaya Tuhan menunaikan janjinya dengan cara memberikannya petunjuk.

Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmanNya, "Hai orang-orang yang beriman! Jauhi banyak berprasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah antara kamu suka memakan bangkai saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al Hujuraat: 12)

Perbezaan lain antara orang yang beriman dan bertaqwa itu ialah insan yang beriman itu masih lagi tidak membebas diri daripada sikap prasangka, mengumpat dan mencela saudara mereka, mencari-cari keaiban orang lain untuk dihebah.

Maka, orang yang beriman dan telah sempurna jiwanya kerana kerohaniannya melompat ke darjat ketaqwaan itu, akan bersih lidahnya daripada mengumpat dan telinganya dibersihkan daripada mendengar keaiban orang lain.

Ada banyak lagi perbezaan sikap antara orang yang beriman dan bertaqwa ini. Dan, seperti yang termaklum, amalan puasa itulah antara salah satu daripada amalan yang mampu meletakkan kerohanian seseorang ke darjat ketaqwaan jika diamalkan dengan penuh keikhlasan dan kewaspadaan.

Orang yang berpuasa, digalakkan untuk tidak mencampuri urusan mendengar keaiban orang lain, selalu menyibukkan dirinya dengan zikrullah dan wirid.

Jika semua ini tercapai, maka lahirlah sikap suka menegakkan kebenaran, menyatakan yang benar di depan pihak berkuasa, kerap muhasabah tentang bekalan akhirat dan lain-lain ciri ketaqwaan yang lain.

Puasa telah menyebabkan anggota kita letih untuk melakukan maksiat dan amalan kerohanian itulah yang akan menguatkan kembali jiwa dan raga kita untuk meneruskan kehidupan.

Amalan berwirid dan berzikir di bulan Ramadhan akan menyebabkan kita kembali kepada fitrah yang suci dan asal, jika dilakukan dengan sempurna dan ikhlas menuju rahmat Allah. _
Kenshiin Humura
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.


Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio.


Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.