Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Segmen / Ruangan muhasabah diri ~
NEO > General Discussion Area's > Kedai Mamak Al-Awal Maju
Pages: 1, 2
Kenshiin Humura
Delilah~*
u all mmg mcam ni ke, kalau awek bg id neopian kalau i lame tak masuk tros kene tarik slashsob.gif
WizardSusuk
lol...request la pada admin.... ari tu maintenance la
Delilah~*
admin pleeaaaaaaaaaaaaaaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Kenshiin Humura
Woi!!!

Sini plak jadi tmpt chat... slashpif.gif
Kenshiin Humura
HIDAYAH

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hidayah, betapa mahalnya ia jika dibicarakan dalam rentang hidup anak manusia. Terlebih jika hidayah itu datang secara tiba-tiba, tanpa ada rencana dan tidak ada proses untuk mendapatkan yang direka. la begitu saja datang lalu tergetarlah episod hidup yang penuh dengan taburan cahaya.

Hidayah Allah SWT itu tidak diberikan kepada manusia berdasarkan kedudukan, keluarga, pangkat, dan harta mereka. Melainkan hidayah dan cahaya Allah itu diberikan kepada orang yang dikehendaki oleh-Nya dan berhak untuk menerimanya. Hidayah Allah dikerahkan bagi orang yang memang ingin mencarinya dan gemar untuk mendapatkannya.

Siapa saja yang ditunjukkan oleh Allah sebuah hidayah di dalam hatinya, kemudian dia berjuang dengan sungguh-sungguh di jalan Allah, dia rela Allah sebagai Tuhannya, dan menjadikan Allah sebagai tujuannya, maka keredhaan-Nya telah dipancarkan ke dalam matanya dan Allah memberikannya
suatu petunjuk.

Untuk mencapai hidayah itu bukan hanya dengan banyak beribadah, tetapi harus disertai dengan keimanan dalam hati. Bukanlah iman kalau hanya dengan menyendiri dan berangan-angan, tetapi iman adalah yang bersemayam di dalam hati dan direalisasikan dengan amal perbuatan. Kebanyakan orang yang ahli ibadah zaman sekarang ini salah persepsi ketika mereka mengira bahawa jalan untuk mencapai hidayah adalah dengan banyak beribadah. Sehingga, mereka mengada-adakan suatu ibadah yang tidak diajarkan oleh Allah dalam syari'atnya.

Sesungguhnya Allah mengetahui bahawa di dalam hatimu ada keinginan untuk
mendapatkan hidayah dan juga mengetahui apa yang tersembunyi di balik jiwamu bahawa kamu menginginkan-Nya. Kalau kamu bersungguh-sungguh mencari hidayah, pastilah Allah akan membukakan dan memberikan untukmu sesuatu yang tidak terlintas dalam hatimu. Janganlah di dalam kehidupan ini kamu kikir memberikan kemudahan, ilham, bimbingan, pemberian, cahaya dan keberkahan. Sesungguhnya Allah akan mendatangkan hidayah dari salah satunya.

Inilah keinginan yang besar dan keinginan yang sesungguhnya, yang tidak akan dapat ditandingi oleh keinginan untuk mendapatkan kemewahan dunia. Sesungguhnya, semua keinginan itu akan terlihat murah kalau dihadapkan dengan keinginan yang mulia untuk mendapatkan hidayah. Dan hanya orang-orang rugi yang tidak ingin menggenggamnya erat-erat setelah mendapatkannya.... FIKIRKANLAH!


Allah,
Sangat dekat dengan kita
bahkan lebih dekat dengan urat leher kita

Adakah kau mengerti
tiap desah nafas adalah kasih sayang-Nya

Dia telah memanggilmu,
menegurmu dengan sangat dekat
memberimu surat cinta untuk dibaca

Jika selangkah saja kau dekat pada-Nya
Dia akan mendekatimu seribu langkah....

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri.

Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah

Kenshiin Humura
Dalam sebuah hadis, diriwayatkan tentang seorang penjahat yang ingin bertaubat. Ia masuk ke masjid. Ketika itu Rasulullah S.A.W sedang mengimamkan solat. Setelah menunaikan solat mereka berbincang-bincang dan penjahat yang ingin bertaubat itu mendengar Rasulullah S.A.W berkata, "Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram maka akan memperolehinya ketika sudah halal" Setelah Rasulullah S.A.W dan para sahabat bersurai, pemuda itu turut meninggalkan masjid. Hatinya masih ragu untuk mengutarakan taubatnya. Namun ucapan Nabi tadi amat terkesan di hatinya.
www.familiazam.com
Malam pun menjelang. Suasana yang sering menggoda dirinya untuk melakukan keburukan. Tiba-tiba dia berhasrat untuk merompak salah sebuah rumah yang dihuni oleh seorang janda. Ternyata di rumah janda itu terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang selera. Ketika dia sedang memulakan suapannya tiba-tiba dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W siang tadi. Akhirnya dia tak jadi makan.

Tatkala beranjak ke bilik ke bilik lain, dia menumpai perhiasan dan wang yang banyak. Dan ketika dia hendak mengambilnya, sekali lagi dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W. Lalu dia membatalkan niat jahatnya. Setelah itu dia masuk pula ke sebuah bilik yang besar. Didapatinya janda mu'minah itu sedang terbaring tidur dengan lenanya. Apabila ternampak wajah janda yang cantik dan rupawan itu, dia tergoda dan bermaksud untuk melampiaskan nafsunya. Namun tiba-tiba dia teringat kembali kata-kata Rasulullah S.A.W tadi. "Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram ia akan memperolehi barang tersebut ketika ia sudah halal". Akhirnya, sekali lagi beliau membatalkan niat jahatnya. Lalu dia pergi meninggalkan rumah itu dengan hati yang lega kerana mampu mengalahkan nafsunya.
www.familiazam.com
Fajar mula menyinsing. Penjahat tadi pergi menunaikan solat subuh di masjid. Kali ini dia bertekad, dia akan bertaubat di hadapan Rasulullah S.A.W. Setelah solat, beliau duduk menyendiri di satu sudut masjid, merenung kembali peristiwa yang baru dialaminya malam tadi. Dan menghitung betapa besar dosanya andai perbuatan itu dilakukan.

Ketika matahari terbit datanglah seorang wanita ke masjid dan menceritakan kepada Rasulullah S.A.W kejadian semalam di rumahnya. Walaupun tiada barang yang hilang namun beliau khuatir kalau-kalau pencuri itu datang menyelidik semalam dan akan datang lagi malam nanti. Wanita itu juga memohon kepada Rasulullah S.A.W agar sudilah mencarikan seorang yang sanggup menjaga rumahnya. "Kenapa kau hidup sendirian?" tanya Rasulullah S.A.W padanya. Wanita itu menjawab bahawa suaminya telah meninggal dunia.
www.familiazam.com
Rasulullah S.A.W mengarahkan pandangannya kepada seorang yang sedang duduk menyendiri di satu sudut masjid. Rasulullah S.A.W bertanya pada lelaki tersebut (penjahat tadi), adakah beliau sudah beristeri? Setelah Rasulullah S.A.W mengetahui bahawa lelaki itu telah kematian isterinya, maka baginda menawarkannya seorang calon isteri. Lelaki itu terdiam begitu juga janda yang mengadu tadi. Mereka sama-sama malu. Tetapi Rasulullah S.A.W yang arif kemudian mengikat kedua insan itu menjadi suami isteri yang sah. Dan, pecahlah tangis lelaki itu, lalu diceritakannya kepada Rasulullah S.A.W peristiwa yang sebenarnya, dan bahawa pencuri itu tidak lain adalah dirinya sendiri.

Wanita itu keluar dari masjid dari masjid diiringi lelaki yang kini telah menjadi suaminya. Mereka berjalan beriringan menuju rumah yang malam tadi hampir dicerobohinya. Disana makanan-makanan yang enak masih utuh seperti yang dilihatnya malam tadi. Bezanya sekarang, makanan itu sudah tidak haram lagi. Maka tanpa ragu-ragu makanan itu disantapnya.
www.familiazam.com
Wang, emas dan perhiasan yang hendak dicuri, kini sudah menjadi miliknya yang halal. Bahkan dia boleh menggunakannya untuk berniaga, tanpa haram sedikitpun. Sementara wanita cantik yang hampir dinodainya semalam, kini benar-benar sudah menjadi isterinya... berkat kemampuannya menahan nafsu syaitannya.
www.familiazam.com
Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati, "Benarlah sabda Rasulullah S.A.W, barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal". Demikian indah Islam mengajar erti cinta. Cinta yang tidak diliputi keraguan, cinta yang menimbulkan rasa tenteram, cinta yang menumbuhkan kedamaian, cinta yang menyuburkan keimanan dan ketaqwaan. Cinta yang apabila kita meneguknya akan diperolehi kenikmatan yang lebih dalam lagi.

Marilah kita menjenguk dan menyemak hati kita. Masihkah ada cinta di sana? Sudahkah kita mengemas cinta kita dengan kemasan Cinta Rabbani dan memberi label halal di atasnya? Dan sudahkah kita menyingkirkan cinta syahwat yang akan menjerumuskan kita dalam petaka yang berpanjangan?
Kenshiin Humura
Cinta Nan Indah


"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"

"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"

"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"

"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"

"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"

"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"

"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"

"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"

"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"

"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"

"Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya"

"Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa"

Miyuki Nanase
"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"

mungkin ni jawapannye...
Kenshiin Humura
Ya Allah kuatkan lah ketabahan, kecekalan, kesabaran serta, iman ku...
Sesungguhnya, aku terasa sungguh pedih...
Miyuki Nanase
dugaan itu setimpal dengan tahap ketabahan...

mungkin ini cara yg terbaik
Kenshiin Humura
"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"
Miyuki Nanase
sama2 la memajukan diri
Kenshiin Humura
"Jangan pernah rasa jemu untuk berbuat baik kerana Allah tidak pernah jemu berbuat baik terhadap mu....dan jangan pernah terfikir untuk melakukan kejahatan ke atas orang lain kerana Allah tidak pernah menzalimi mu"

"Usah ragu untuk menginfakan kembali apa yang kita miliki kerana sebenarnya kita tidak memiliki apa2 pun, semuanya milik Allah termasuklah diri kita sendiri"
Miyuki Nanase
terasa dizalimi ke? slashgg.gif
Kenshiin Humura
Mmg ada rasa mcm tu...
Miyuki Nanase
susah la bila cakap blh la tp sebenarnya x faham...
Kenshiin Humura
Mcm mana nk faham, kalau tk cuba selesaikann...?
Sy mmg suka memujuk, tu je sbbnya....
Sy tk blh biarkan seseorang yg penting buat sy tu bersedih...
Sy rasa sengsara....

Sy rasa teruk sbb sy tk dpt membantu...
Miyuki Nanase
pujuk xkne kot... xpon dia perlu masa sikit kot.. jgn la desak2 dia, takut dia..
Kenshiin Humura
Tu la mungkin btul gak cakap awk....
Sy pn tgh cuba la ne....
Stiap hari berdoa utuk dia....
Mohon Tuhan kuatkan semangat, kesabaran, ketabahan, kecekalan hati ne...
Tapi kalau tkda semua, tu mgkin dari awl2 lagi dh give up dh.....
Alhamdulillah la tuhan makbulkan jgk doa2 tu....
Miyuki Nanase
bagus la...esok2 ok la tu... biarla dia ngn hdp dia. kalau ye pon, dia yg rugi kn?
Kenshiin Humura
Sy tk blh la buat mcm tu....
Sbb sy tk sanggup kehilangan & melepaskan dia....
Mana boleh nk biar, tu sy cakap kalau sy tk hargai, dh lama dh lupakan...
Tapi sy bnar2 hargai + syukur tuhan beri kesempatan utk mengenali & menyayangi dia...

Btw, tuhan nk uji kita mgkin dia nk tgk kita blh bertahan atau tidak...
Mungkin sblm menjadi pasangan yg sah tu, mmg mcm2 perkara yg pahit ditempuh, tapi InsyaALLAH, kalau kita rajin berdoa ditambah dgn rasa jujur & ikhlas, tuhan akan gantikan dgn kegembiraan & kebahgiaan akhirnya...

Yg penting walau apa pn kita buat tu krana ALLAH & jgn mudah putus asa...
Sbb kita bkn buat benda yg jahat / yg teruk, cinta itu kan tuhan yg beri, cuma kita yg kena jaga batas2nya & hargainya....
Mgkin, ada perselisihan tapi, perselisihan itu mungkin utk kebaikan dimasa akan dtg....

Apa pn sntiasa muhasabah diri kita & cermin diri kita ~
Muhasabah lihat apa yg salah kita dh buat ~
Pastu kita cuba lah berubah ~
Berubah untuk jadi yg terbaik untuk org2 yg kita sayangi, keluarga, bangasa & agama ~
Miyuki Nanase
semoga awak dirahmati-Nya
Kenshiin Humura
Sy tk la cakap sy ne baik sgt ~
Apapn mmg sy sdg berubah ~

Yg buruk tu dtg dari diri sy ne sndiri ~
Yg baik tu dtg dari ALLAH s.w.t ~
Miyuki Nanase
selalu ckp berubah tp kiter xtau berubah dr segi apa...
Kenshiin Humura
Mngkin dia tk nmpak mcm mana perubahan kita tu ~
Tapi org yg dkt dgn kita nampak ~
Sbb tu perlukan kesabaran ~
Btul tk ?
Miyuki Nanase
ye la kot..
Kenshiin Humura
Hehe ~

ALL THE BEST TO NEO ~
Kenangan terindah ku berada disini ~
shinchan
elk bkk topik utk korg 2 org jer..wakakakaka
depan2,jmpe malu2

mmg gay korg ni
Kenshiin Humura
Lol, free for all la....
Suke2 je memfitnah ne.... e5.gif
shinchan
aku tau korg gay...
takpe2 aku phm..
aku cube rahsiakan dr org lain...
jgn risau
Kenshiin Humura
LoL...
Pebende la ko neh.... slashswt.gif
Miyuki Nanase
i gay ngn u je shinchan... slashlv.gif
Kenshiin Humura
Isk2....
Jauhi la benda yg terkutuk tu... e5.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.