Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Melayu Usir Melayu
NEO > General Discussion Area's > Kedai Mamak Al-Awal Maju
Fearless



Kronologi peristiwa Kampung Baru Pletong Tengah
1985 Penduduk meneroka tanah. Pejabat Tanah memaklumkan bahawa tanah tersebut tiada pemilik.

1986 KBPT terbentuk. Penduduk memohon hak milik tanah. Pejabat Tanah kata tanah dimiliki Syarikat Mosbert.

1987 Tanah ditukar tangan kepada Jet Ace Co. dan seterusnya kepada Oakfield.

1989 Penduduk kalah kepada Oakfield di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong.

1990 Dalam usaha mendapatkan ehsan DYMM Sultan Johor, penduduk ditipu sebanyak RM 18,000.00 oleh ‘orang tengah’.

1991 Atas cadangan wakil rakyat, penduduk membentuk tabung bertujuan membeli tanah daripada Oakfield.

1993 Pembayaran pendahuluan penduduk dari wang tabung sebanyak RM 417,307.93 digelapkan oleh peguam.

1993 Oakfield melakukan perobohan rumah. Atas suruhan wakil rakyat, penduduk melarikan diri ke dalam hutan. Selepas itu, penduduk membelanjakan RM 22,000.00 untuk membebaskan seorang penduduk yang tidak sempat lari dan ditahan oleh polis.

1993 Atas cadangan peguam, penduduk menanggung kos menghantar wakil untuk memohon wang kebajikan atarabangsa di Filipina.

1993 Penduduk menang kepada Oakfield di Mahkamah Rayuan KL dengan ketepikan perintah kommintal Mahkamah Tinggi JB.

1994 Oakfield setuju menjual tanah kepada penduduk. Perundingan pembelian tanah dimula.

1994 Penduduk ‘menghilangkan’ RM 820,000.00 kepada Oakfield melalui peguam J. Sing & Co.

1995 TNB membekalkan elektrik ke KBPT.

1996 Bukit Lenang Development Sdn. Bhd. ambil milik tanah KBPT. Pemaju menawarkan pampasan kepada penduduk yang berpindah. Penduduk tidak setuju kerana rasa nilai pampasan tidak setimpal.

1997 Penduduk buat aduan polis terhadap Oakfield yang jualkan tanah sedangkan proses jual-beli dengan penduduk tengah diproses.

1997 Bukit Lenang saman penduduk. Bukit Lenang menolak cadangan tuntutan ganti rugi penduduk.

1997 Penduduk membuat kempen tandatangan dan hantar surat kepada MB Johor atas sokongan Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB).

1998 Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong tetapi terus merayu.

1999 Kerajaan Johor mengurniakan tanah Kg. Bukit Dagang kepada penduduk.

2000 Bukit Lenang menjalankan operasi pengusiran secara paksa. Penduduk turun sama-sama dan berjaya mempertahankan rumah.

2000 Penduduk menang kes di Mahkamah Rayuan KL.

2002 Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB.

2007 Penduduk kalah di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

2008 Bukit Lenang mendapat notis perintah mahkamah.

2008 Oktober : Hakim telah memberi surat kepada peguam yang menyatakan beliau cuti dan akan memulakan sebutan kes pada 29 Oktober 2008.Bukit Lenang Development tidak menghirau surat daripada hakim dan menetapkan pengusiran secara paksa pada 16 Oktober 2008 dengan alasan ingin merobohkan rumah-rumah yang telah kosong.

2008 Oktober 16: Penduduk Kg Baru Plentong Tengah mula berhinpun secara aman seawal 8 pagi. Pihak berkuasa telah membuat sekatan di jalan masuk utama kampong dan cuba berbincang dengan wakil penduduk. Peguam yang mewakili penduduk kampung tiba dan membantah perobohan rumah berlaku kerana sikap Bukit Lenang Development yang tidak menghormati perintah mahkamah supaya menunggu sehingga tarikh sebutan kes. Bailif Bukit Lenang Dev. Menyatakan yang beliau mendapat perintah daripada mahkamah tanpa notis bertulis untuk masuk ke kampung dan melaksanakan perobohan. Kekecohan berlaku dimana Pihak Berkuasa (FRU & PDRM) memaksa penduduk untuk bersurai. Penduduk enggan bersurai dan kekerasan telah digunakan oleh Pihak Berkuasa untuk menyuraikan penduduk. Pihak berkuasa masuk ke kampung untuk mengiringi jentera-jentera perobohan untuk melaksanakan perobohan rumah-rumah yang tidak berpenghuni lebih kurang 11.45 pagi. http://shamsuliskandar.wordpress.com
Kenshiin Humura
Inilah kerja ANJING2 yg dipilih oleh rakyat selama umur merdeka malaysia ~
Waktu aku pegi tengoh ceramah salehidin ayob kat benut johor, penduduk kampung baru plentong nih datang bawak memorandum tuk minta tlg sama wakil pas yakni saudara sallehudin ayub ~ Walhal itu bukan kerja beliau, inilah MALAYSIA ku tercinta ~
!~kox~!
nih ade kena mengena dgn project iskandariah malaysia ke?xde kan?

zzz kt mana ni
Syam
ini tadak kena mengena dengan ko kox
ABIGOROTH
HIDUP UMNO!!
HIDUP UMNO!!
HIDUP UMNO!!
Kenshiin Humura
Kok darah kaler biru / mungkin lalang ~
Lagi pon tak layak mengundi ~ slashe4.gif

(Ops klu dah layak jgn marah gurau je)
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.