Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Peluang Membuat Business Partner
NEO > General Discussion Area's > Kedai Mamak Al-Awal Maju
Zack
Disini aku nak berkongsi dengan semua kawan2 aku. ak nak ajak sesiapa yang berkemahuan dan berkemampuan untuk berjaya.

sebab aku dah hadiri seminar dan aku siap BETA dengan advisor dia.

Permulaan Untuk Menyertai Program ini Hanyalah RM2500.00
mmg sukar nak percaya.. tapi aku kalau ade duit akan ku join. sebab tu aku nak kumpul duit and aku ank advertise kepada sesiapa yang berminat.

ONE WORD: THIS IS A LARGE BUSINESS DUDE.

Name Company Ni DCHL.

Salah satu company yang terbesar dan marketing product dia lebih kepada barangan imported dari eropah.

- Marketing + Networking + Business Partner
- Bukan MLM. sebab dia x buat sales.
- Lebih kearah penggunaan sendiri.
- Mempunyai latar belakang syarikat yang bagus.
- Headquater kat bagunan Hong Leong Assurance (HLA BELAKANG KLCC)

Pengenalan : DCHL Menjamin Prmulaan Kerjaya Anda

Digital Crown Holdings merupakan salah satu daripada rangkain syarikat pemasaran yang paling berjaya di Asia. Lampe Berger, jenama aromaterapi Perancis yang berprestij dan ESTEBEL, rangkaian produk penjagaan kulit berharuman merupakan anak syarikat yang bernaung disebalik kejayaan Digital Crown Holdings. Dalam era baru ini, masyarakat mula menekankan amalan gaya hidup sihat. Produk kami dicipta untuk membantu serta memenuhi keperluan masyarakat untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.

Kini, perniagaan kami telah berkembang maju dan menjadi salah satu rangkaian syarikat pemasaran yang terbesar di Asia. Rangkaian pemasaran adalah bidang yang berpotensi besar untuk menjana pendapatan. Menerusi sistem ini, keuntungan semua pengedar adalah bergantung kepada jumlah barangan yang dijual oleh kesemua tahap pengedar. Ia bercirikan 3 kaedah yang sama seperti di dalam perniagaan iaitu: Melantik pekerja, mengembangkan rangkaian perniagaan dan menfrancaiskan perniagaan, tanpa sebarang batasan-batasan. Bagi menjamin permulaan kerjaya anda, sertailah bersama DCHL.



Pengedar Dan Keahlian


1.1
Keahlian terbuka kepada semua “Individu” atau “Syarikat / Perbadanan”. Permohonan boleh dibuat dengan menyerahkan borang yang telah lengkap diisi.

1.2
Permohonan perlulah ditaja oleh seorang pengedar syarikat yang berkelayakan iaitu pengedar yang telah mencapai tahap “Franchaisee” dan ke atas sebagaimana yang terkandung dalam Rancangan Pemasaran Syarikat.

1.3
Yuran perlu diserahkan sewaktu penyerahan borang permohonan. Yuran ini termasuklah yuran tahunan serta kad eDC. (Untuk maklumat lanjut, sila hubungi bilik pameran yang berdekatan)
1.4
Pendaftaran Individu


1.4.1
Individu yang berminat untuk memohon sebagai Pengedar Syarikat perlulahberumur 18 tahun ke atas dan tidak diisytihar muflis.


1.4.2
Suami isteri dibenarkan saling menaja dan dibolehkan menjadi Pengedar yang berasingan dalam Lampe Berger.



1.4.3
Setiap permohonan perlu disertakan salinan kad pengenalan dan salinan muka depan buku bank atau penyata akaun bank pemohon.




Untuk Malaysia, bank yang diiktiraf adalah Maybank, Public Bank dan RHB




Untuk Singapura; bank-bank yang diiktiraf adalah Development Bank of Singapore/Post Office Savings Bank (DBS/POSB), Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC) and United Overseas Bank (UOB).
1.5
Pendaftaran Syarikat / Perbadanan



1.5.1
Bersama borang permohonan pengedar yang diserahkan, pemohon harus sertakan bersama:

a)
Permohonan Pemilikan Tunggal/ Perkongsian


Untuk Malaysia:
Salinan Pendaftaran Perniagaan (Borang D) dan Butir-butir Pemilik (Borang A).



Untuk Singapura:
Salinan kad pengenalan pemohon, Salinan Butir Syarikat, Sijil Pendaftaran Syarikat dan Perniagaan (RCB), Butir-butir Pemilik dan Senarai Pemegang Syarikat .



b)
Permohonan Syarikat / Perbadanan



Untuk Malaysia:
Salinan Sijil Penubuhan (Borang 9) dan senarai pemilikan (Borang 49)



Untuk Singapura:
Salinan sijil "RCB", akaun bank syarikat, butir-butir pemilik dan senarai pemegang-pemegang saham.


1.5.2
Individu yang bertanggungjawab menguruskan aspek-aspek pemasaran rangkaian perniagaan syarikat mestilah memegang sekurang-kurangnya 51% saham syarikat. Nama dan salinan kad pengenalan individu ini perlu disertakan bersama borang permohonan pengedar.

1.6


Syarikat berhak menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab.

1.7
Seorang Pengedar hanya dibenarkan memegang satu (1) keahlian di bawah nama yang sama. Jika seorang Pengedar didapati mempunyai lebih dari satu keahlian dibawah nama yang sama, syarikat akan memansuhkan salah satu daripada keahlian mereka yang dianggap patut dan perlu.

1.8
Jika terdapat sebarang kesilapan atau keraguan dalam mana-mana keahlian, syarikat mempunyai hak untuk membuat segala pengaturan semula, pemulihan atau apa-apa pembetulan yang dianggap wajar dan perlu.



Pelan Permasaran



Pelan Pemasaran (Malaysia)


(Malaysia) RM$ : NT$ = 1 : 8PV

Pengedar , Franchisee , Baron , Count , Marquis , Duke , Arch Duke

Pengedar

Setelah borang permohonan diterima dan diluluskan oleh syarikat di bawah seksyen (1).

Ganjaran keuntungan-10%
Pengedar telah menggunakan produk dan mula mengumpul nilai mata (PV).


Franchisee

Pengedar telah menggunakan produk dan mencapai jualan peribadi sebanyak DC18,750 PV atau RM2,345.

Ganjaran keuntungan-20%.
Boleh membeli produk terus daripada syarikat dan menubuhkan organisasi sendiri.


Baron
Sama ada
1. Jumlah terkumpul jualan peribadi sebanyak DC90,000 PV atau RM11,250 (tidak termasuk jualan peribadi sebanyak DC18,750 PV atau RM2,345).
2. Telah menaja 5 Franchaisee secara langsung.

Ganjaran keuntungan-29%.
Bonus kumpulan: 9%


Count

1. Telah menaja 3 orang Baron secara langsung.
2. Kenaikan pangkat ke Count hanya akan berkuatkuasa pada bulan selepas syarat kelayakan dipenuhi.

Ganjaran keuntungan-38%
Bonus kumpulan: 9% hingga 18%
Bonus generasi Count sebanyak 6 generasi: 5%, 3%, 2%, 1.5%, 1%, 1% iaitu berjumlah 13.5%


Marquis
1. Menaja 5 orang Count secara langsung dan telah mengemukakan cabaran kepada Marquis syarikat. Cabaran akan berkuatkuasa pada bulan seterusnya dan;
2. Telah mengumpul jualan kumpulan keseluruhan sebanyak DC3,750,000 PV atau RM468,750 dalam jangka masa 3 bulan berturut-turut.
3. Kenaikan pangkat ke Marquis hanya akan berkuatkuasa pada bulan selepas syarat kelayakan dipenuhi.

Ganjaran keuntungan jualan-41%
Bonus kumpulan: 3% hingga 21%
Bonus generasi Count sebanyak 6 generasi: 5%, 3%, 2%, 1.5%, 1%, 1% iaitu berjumlah 13.5%.
Bonus kumpulan persendirian Marquis 2% daripada kesemua jualan kumpulan daripada pengedar-pengedar bawahan Count.
Bonus generasi Marquis berjumlah 6% (Berdasarkan jumlah mata kumpulan daripada pengedar di bawah Marquis dengan tahap maksima 6 generasi)
Perkongsian Keuntungan Asia Marquis berjumlah 1.5% (Berdasarkan jumlah mata kumpulan daripada pengedar-pengedar bawahan Marquis dengan tahap maksima 6 generasi dan dibayar setengah tahun sekali)
Dianugerah pin Marquis.
Jika seseorang pengedar berjaya mencapai tahap Marquis dalam jangka masa 4 bulan sejak mencapai tahap Franchaisee, beliau layak mendapat percutian ke Perancis yang ditaja Syarikat.


Duke
1. Telah membangunkan 5 ( lima) Marquis generasi pertama yang ditaja secara langsung, dan telah mengemukakan cabaran kepada Duke melalui Syarikat. Cabaran akan berkuatkuasa pada bulan seterusnya dan;
2. Telah mengumpul jualan kumpulan terkumpul sebanyak DC40,000,000 PV atau RM5,000,000 dalam 3 bulan berturut-turut.
3. Kenaikan pangkat ke Duke hanya akan berkuatkuasa pada bulan seterusnya selepas syarat-syarat kelayakan dipenuhi.

Ganjaran keuntungan jualan-42%
Bonus kumpulan: 1% hingga 22%
Bonus generasi Count sebanyak 6 generasi: 5%, 3%, 2%, 1.5%, 1%, 1% iaitu berjumlah 13.5%.
Bonus kumpulan persendirian Marquis 2% daripada kesemua jualan kumpulan daripada pengedar-pengedar bawahan Count.
Bonus generasi Marquis berjumlah 6% (Berdasarkan kepada jumlah mata kumpulan daripada pengedar-pengedar bawahan Marquis selama 6 generasi).
Bonus generasi Duke berjumlah 2% (Berdasarkan kepada jumlah mata kumpulan daripada pengedar-pengedar bawahan Duke selama 6 generasi).
Perkongsian keuntungan Asia Marquis berjumlah 1.5% (Berdasarkan jumlah mata kumpulan daripada pengedar-pengedar bawahan Marquis dengan tahap maksima 6 generasi dan dibayar setengah tahun sekali).
Perkongsian Keuntungan Asia Duke berjumlah 1% (Berdasarkan jumlah mata kumpulan daripada pengedar-pengedar bawahan Duke dengan tahap maksima 6 generasi dan dibayar setengah tahun sekali). Dianugerah pin Duke.


Arch Duke
1. Telah membangunkan 5 ( lima ) Duke generasi pertama yang ditaja secara langsung, dan telah mengemukakan cabaran kepada Arch Duke melalui Syarikat. Cabaran akan berkuatkuasa pada bulan seterusnya; dan
2. Telah mengumpul jualan kumpulan terkumpul sebanyak DC400,000,000 PV atau RM50,000,000 dalam 3 bulan berturut-turut.
3. Kenaikan pangkat ke Arch Duke hanya akan berkuatkuasa pada bulan seterusnya selepas syarat-syarat kelayakan dipenuhi.

Ganjaran keuntungan jualan-42%
Bonus kumpulan: 1% hingga 22%
Bonus generasi Count sebanyak 6 generasi: 5%, 3%, 2%, 1.5%, 1%, 1% iaitu berjumlah 13.5%.
Bonus kumpulan persendirian Marquis 2% daripada kesemua jualan kumpulan daripada pengedar-pengedar bawahan Count.
Bonus generasi Marquis berjumlah 6% (Berdasarkan kepada jumlah mata kumpulan daripada pengedar-pengedar bawahan Marquis selama 6 generasi).

Bonus generasi Duke berjumlah 2% (Berdasarkan kepada jumlah mata kumpulan daripada pengedar-pengedar bawahan Duke selama 6 generasi).
Perkongsian Keuntungan Asia Marquis berjumlah 1.5% (Berdasarkan jumlah mata kumpulan daripada pengedar-pengedar bawahan Marquis dengan tahap maksima 6 generasi dan dibayar setengah tahun sekali).
Perkongsian Keuntungan Asia Duke berjumlah 1% (Berdasarkan jumlah mata kumpulan daripada pengedar-pengedar bawahan Duke dengan tahap maksima 6 generasi dan dibayar setengah tahun sekali).
Perkongsian Keuntungan Asia Arch Duke berjumlah 1% (Berdasarkan jumlah mata kumpulan daripada pengedar-pengedar bawahan Arch Duke dengan tahap maksima 6 generasi dan dibayar setengah tahun sekali).
Dianugerah pin Arch Duke.

Zack
Kepada Yang berminat leh msg aku kalau ape2 pertanyaan and aku akan jawab sebagaimana yang aku tanyer kat advisor dia.

so be challenging. anything just msg me..
*Outlawz*
yg ni macam lazor ker??

rm 2500 nak cekau mana la tu....huhuhu
Lord Labi
aku pun ada gak ..

tp rm 50 only
docker
To be honest with Zack.

It still MLM.
But in other ways.


But good luck!

wan
zack benda tu dah lama ada la zack diorang pun tak guna nama downline diorang guna skrg partner sebab pernah kawan awek aku ajak aku tau mcm mana
BALUNCHASS
mak aih...
starting modal dia saket juga tu...

ps: MLM tu apa?
dark_x
MLM tu malam...
wakakaka...

bnde ni kene jual2 brg gak ke???
atau duduk dan tggu duit msuk jer??
tp modal die sakit sgt laa...


ps: sape ade GTB bnyk bijik tu leh la join mende ni...
serius x tipuu..
slashgg.gif
Exianaron
jual rokok lagi kaye...
sekaton leh untung rm40-50..
e2.gif

hehehe...
Quez
Jgn percaya Zack benda nie kejap jaa PANAS dia lps tue senyap mcm yg lain...
Pada aku benda mcm nie...org yg kukuh jaa byk masuk...
Apa2 pun Selamat Berjaya 10.gif


p/s member aku ada masuk modal rm2.5k siap kencing2 kwn2 sampai suruh meminjam dkt kawan2...
Last kena pulau dgn kwn2 aku duduk dlm gua laa dia hahahahahahaha
Exianaron
BERI SEMANGAT LA DENG JATUHKAN LAGI APE DAA..
e5.gif
Fearless
seriusly... jgnlah terpedaya

but... nak try pun takpe 10.gif

!~kox~!
MLM= Multi Level Marketing

zaman2 mula2 dulu org panggil direct selling

pastuh nama x best macam nama direct seller pulak

pastuh tukar jadi MLM....kasi up skit nama

pastuh MLM dah jadi x best skang jadi la PARTNER


lepas nih ape lagi plak.....



tapi ape yg zack approach nih bagus gak
Quez
Tiada kerja yang mudah tanpa mengeluarkan peluh/usaha tulang 4 kerat...
Ada yg senang dgn menipu,memperdaya dan sebagainya....
Lain kali ko tanya org tue...
Senangkah nak yakinkan org nak keluar rm2.5k...
Yang kita nie nak yakinkan org suh keluar rm4 pun susah 10.gif
Bole dpt rm2.5k dr org2 besar cth datuk2,doktor,peguam,pegawai2 atasan...

Pada yg rasa mampu bole go...tp pada aku tak hahahahaha

p/s zack jgn marah nie pandangan aku...dan apa yg aku tgk hehehehehehe
*Outlawz*
NAH SEBELUM NAK MASUK TU BACA2 LA DULU


DCHL- HARAM or HALAL??
Quez
Mcm nie Baru tak SPAM hahahahahaha
shinchan
da byk bissness ngarut2 nih..
kat pro2 dah byk jgkk..
salah1 hi-0

mmber aku ade lingkup psl bnda nih...
mmg diakui leh kaye..
tp tuk golongan atas2 dan ter awl jer..
yg bijak pon leh kaye dgn menipu org bwh2..
ingt snang2 ke org leh bg kite duit..
kan??
so hati2 la..
anda kena bijak..
tp dalam bijak2 jgn la pijak kwn..
aku tak kate kat sape2 kat bdk neo sbb..
kwn2 aku kat pro2 ade yg dah melahap harte kwn sbb bisnes mcm nih..
dorg kaye...mmbe2 yg lain habis lingkup..
ade gak tpakse brenti keje lari blk kampung sbb hutang byk trutame yg wat loan bank..
plg sikit aku pnah dngar org join 2.2 k...
gile kan??
wan
pada aku apa bisness mlm nie yang AWAL sahaja akan berjaya kalau dah lama tak payah sebab benda nie dulu dah ada org ajak aku dah bisness dia Lampe Berger jual minyak wangi yg diimport dari france cari bissnes partner tetapi sebenar nya downline tak silap aku dari rz corp ntah tatau berapa banyak ntah rz corp nie org guna lesen dia
Zack
ye mmg betul dr RZ corp. tetapi sbb mereka yang mempunyai lesen dgn rz corp je dibenarkan.. mmg lebih kurang downline.. sebab tu aku sebut networking.


ini x membabit kan selling product. sbb ini hanya diberi untuk kegunaan sendiri. sebab contohnya healthy product dan perfume yang diberikan antara semua nya adalah untuk kegunaan sendiri.

nak kata halal atau tidak aku tidak pasti sebab benda ni investment melibatkan saham salam syarikat dimana tertea diatas bahawa syer anda didalam syarikat dimana nisab nyer lebih kurang sama dengan perlaburan sedia ada di bank atau unit trust.

modal banyak? ya sebab nilai barangan dan saham anda.

ia tidak melibatkan penjualan dan cuma melibatkan rakan niaga(partner) atau pun down line.

sebab modal besar lah pulangan besar. aku cuma xde modal. kalau aku ada modal. aku nak join gak.

sesiapa yang berminat leh join. ini bukan paksaan. tetapi peluang bagi masing2.

aku memberikan peluang. tetapi anda berhak memilihnya.

bagi aku peluang cerah. dari segi duit.. mmg modal besar dan agak sukar.

tapi dengan usaha.. kite levelkan usaha itu tangga kejayaan. nak kate aku sendiri pon x mampu. tapi tengah cuba untuk mengumpul.. itu nama dia usaha.

perlaburan yang sia2? jangan risau.. sebab benda2 yang melibatkan akta jualan langsung. mmg x rugi.

ia hanya akan rugi dengan cara anda cuma invest dan duduk diam sahaja. memang akan rugi..

kalau dah labur rm2.5k.. x kan nak mengalir macam tu je.. baik kumpul buat kawin. dapat gak romen ari2.

tapi demi mencari mata pencarian untuk masa depan yang fleksible. adalah baik sekiranya kita mencuba.

tapi kritikan membina itu adalah baik. sbb banyak name MLM dah rosak. tapi perlukah contoh mereka yang berjaya perlu kita jadikan contoh?

bagi mereka yang berjaya kita lihat lain sebab kita bagi lasan
- dia lain.. mmg dah ada duit.
- dia banyak masa.
- dia banyak kawan.

alsan2 ni mmg kite banyak dengar.. tapi adakah anda tidak mempunyai ciri2 yang dimahukan?
adakah anda hidup dalam gua ? kalau nak berjaya.. dengan usaha sendiri. kalau pinjam duit org sebab overconfident nak cari duit bapak banyak tapi just dok termenung.. mmg kene pulau la ngan kawan2.

so its up 2 u to try it.

thanks for the question. sekiranya ada ape2 yang anda x paham. marilah kite ke menara HLA bersama2.
*Outlawz*
konsep aku senang jer dari dulu lagi....kasi member masuk dulu..kalu member masuk berjaya baru la terbuka hati mau masuk...aku tak mau dengar org lain yg kaye...biar member sendiri yg kaye...baru betul.....hehehehe

pasal geng2 aku sendiri yg masuk LAZOR,BIODREAM,UPPTRENT,SURECCO...sampai sekarang tak nampak kaye mana pon....dah stop ade la..

sekian...
Zack
adakah anda telah mencuba juga?
Neyd
dan kehilangan 2.5k (tanda soal) *keyboard rosak

terus terang bende ni bukan tak betol tapi come on la aku dulu kene tarik dengan LUXOR BUKAN LAZOR ko tgk bapak aku maki baikkk punye macam dafi die cakap bende ni dusta\karut siap budak2 LUXOR tu cita balek2 benda sama

kalau ada 10 orang salesman suma cita sama

*dulu time abang join abang takde duit abang jual moto baru abang skang tgk abang pakai satria buruk

BOOOOO

*dulu abang mak bapak dah takde dengan Luxor abang dah beli BWM tahun 50an dan skang die bapak angkat abang

BOOOOO

JGN TERTIPUU 2.5K BUKAN SIKIT

nak denga ok tanak sudah pasal aku hanya gunakan hak aku utk nyatakan pendapat
!~kox~!
wakakakakakakakak dafi gak terselit
Quez
Serius aku ckp benda nie tipu...aku tak nak laa tgk member2 kena itu sbb kita org ckp mcm nie..rm2.5k zack kalau ko simpan ASB lg bagus hahahahahahahaha
Cukup tahun dah bole kawen...banyak lagi usaha yang boleh mendatangkan wang..jagan tertipu dgn rm2.5k
Boleh GTB tue Hahahahahaah 10.gif
lokat
bisness plan dia mmg menarik.. ko dapat komisen kalo ko dapat carik bisness partner (ataupun dengan kate lain sebagai downline sebab perkataan downline nie org fobia sket)..

Konsep bisnes biasa:

Ko sebagai peniaga -> carik customer -> jual barang -> dapat duit

Konsep MLM

Ko sebagai peniaga -> cari customer -> ajak customer jadi peniaga -> dapat duit

masalahnya.. kalo semua dah jadi peniaga.. sape nak jadi customer..?.. so plan B dia.. kalo takde customer.. ko boleh guna produk tu..

produk mmg la boleh guna sendiri.. tapi produk dia perfume bai.. perfume yg aku beli 1-2 tahun lepas pakai TIAP-TIAP HARI pon tak habis lagi..
Zack
bonzer bukan perfume je.. banyak lagi le.. aku bg taw cuma contoh..
Exianaron
KAWAN SAYA ADE MASUK LUXOR BERJAYA SIAP AJAK AMEK CEK SAME2 TAPI KEJAP JER PASTU DAH KO BAJET BISNES LEH TAHAN XDAPAT LA NAK LAME.. BISNESS MMG BAGUS TAPI HANYA ORG2 TERTENTU JE YANG LAYAK.. TIDAK SMUE ORANG BOLEH BUAT BISNESS.. PIKIR2LAH SEBAIKNYA..HAK HAK HAK..


P/S--->pe aku ngarut xtau la.. wkakakaka slashheh.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.