Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Perhatian!! Pengubahsuaian Perjanjian Pengguna[2007-8-28]
NEO > Announcement > NEO Forum Announcement
C i l i
Para pemain, sila ambil perhatian bahawa syarikat kami (Game Flier) telah membuat keputusan untuk mengubahsuaikan Perjanjian Pengguna RO (seperti yang dinyatakan sebagai no.12 di Perjanjian Pengguna laman web rasmi dan perjanjian dalam permainan)

12. Game Flier berhak menjalankan perubahan ke atas pelayan (termasuk pelayan permainan, pendaftaran dan laman web) dari masa ke semasa.
- Segala perubahan ke atas pelayan ini termasuk pemindahan pelayan, penamatan perkhidmatan dan operasi pelayan, penggabungan pelayan, perubahan ke atas penetapan permainan pelayan terseubut dan segala perubahan yang tidak disenaraikan seperti yang ditentukan oleh pihak Game Flier dan Gravity.
- Jika pemain memilih untuk meneruskan permainan, pemain tersebut dianggap mengetahui dan bersetuju untuk mematuhi segala perubahan ini tanpa sebarang bantahan.
- Pemain juga dianggap bersetuju dan mengetahui bahawa segala gangguan sepanjang kerja-kerja yang berkaitan dengan perubahan pelayan ini mungkin mengakibatkan pemain tersebut tidak dapat menjalankan permainan seperti biasa dan bersetuju bahawa Game Flier tidak akan memberikan sebarang pampasan ke atas gangguan ini. - Pemain mesti mematuhi sebarang penambahan perkara baru di bawah klausa ini dan perjanjian yang seumpamanya yang tidak disenaraikan, atau pembaharuan klausa ini dari masa ke semasa di dalam laman web rasmi.

Peraturan in akan berkesan sah bermulai 28/08/2007. Jika pengguna tidak bersetuju dengan perubahan yang dibuat, beliau diminta untuk berhenti menggunakan perkhidmatan kami dengan segera. Sekiranya pengguna memilih untuk terus menggunakan perkhidmatan kami, beliau dianggap setuju dengan penyataan dan syarat-syarat yang baru.

Petikan ini diambil daripada laman rasmi Gameflier
f e r 0 z
nampak sgt RO ni dorang dah xpedulik sgt.
sampaikan sara dgn Pk bleh gabung.
gile btul.
!~kox~!
fuck gf....

time to quit
Intercooler
behenti je... diorang dah byk duit dah tu.. skang da naik kepala gf ni.. men game laen lak
f e r 0 z
abis MSRC=NEO DISBAND.

slashgg.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.