
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan Madi (Farid Kamil) yang berkerja sebagai budak penghantar (mat dispatch) memberi peluang kepadanya untuk ‘merempit’ di waktu malam. Aktivitinya bukan sekadar berlumba haram malah semua aktiviti yang berkaitan seperti menunjuk aksi dan sebagainya.
Madi mempunyai seorang teman wanita iaitu Ieka (Julia Hana) yang sering mendesaknya untuk berkahwin kerana telah mnyerahkan segalanya kepada Madi. Kehidupan Madi yang agak sosial menjadi penghalang kepada niat Ieka. Madi lebih suka menyimpan wang untuk membeli motosikal baru. Madi berkawan rapat dengan Macha (Cat Farish), seorang mat rempit yang sentiasa bertindak menjadi orang tengah dalam perlumbaan haram yang disertai Madi...
