Help - Search - Members - Calendar
Full Version: GUBRA
NEO > Entertainment > Kaki Wayang NEO
TipahTertipu
Gubra Yang Sesat Lagi Menyesatkan slashpif.gif slashpif.gif
Oleh Faisal Tehrani

Gubra ialah sebuah filem bancuhan beberapa kerat mesej iklan Hari Raya
Petronas, lawak yang meraban merapek, pembelaan terhadap inter-faith
commission, geng sister in Islam, Islam ala Islam Hadhari, dan
penyelewengan ajaran Maulana Rumi yang ramai orang mahu percaya diri
mereka
memahami sebahagian aspek kesufian tetapi berada di dalam kurungan
istidraj
yang sesat lagi menyesatkan. Sesungguhnya hak dan batil dalam filem ini
dibaur-baurkan hingga kita akhirnya tahu bahawa inilah jenis Islam yang
ditolak oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika ditawarkan oleh kafir
musyrikin,
Islam jenis inilah yang membawa Rasulullah berhijrah ke Madinah. Islam
jenis inilah yang baginda telah menegaskan andai bulan dan matahari pun
diletakk kiri kanan baginda, tidak ada apa yang dapat merubah baginda
dari
menolak Islam jenis ini. Islam jenis gubra.
Inilah sebuah filem untuk meraikan sekularisme dalam kehidupan rakyat
Malaysia.


kos pembikinan Gubra ialah RM 1 juta, jenis filem 35 mm berwarna dengan
lokasi sekitar Ipoh di mana gubra kononnya bermakna gugup atau gelabah.
Menurut pengarah dan penulis filem ini, Yasmin Ahmad: Saya mahu
paparkan
tentang kisah dan sikap manusia yang biasanya selalu berada dalam
keadaan
gubra. Kerana gubra ramai di antara kita tidak reti untuk menghargai
kasih
sayang. Selain itu, mesej yang ingin saya sampaikan melalui Gubra ialah
tentang kemaafan (Utusan Malaysia, 9 Ogos 2005).
Saya tidak memahami apa yang indah dan gelap atau lucunya Gubra. Saya
tahu
filem, mise en scene dan segalanya. Saya tak pandang semua itu.
Sesekali
saya malah berasa terhina dengan adengan-adengan filem ini. Lakonan
sehebat
mana sekalipun telah dimualkan dengan inti yang sungguh menyesak lagi
menyesatkan ini. Kerja cahaya atau sinematografi yang handal sekalipun
tak
dapat menenggelamkan kelucahan dan kekeliruan yang diutarakan.
Saya tidak mahu memanjangkan isu Bilal Li memegang anjing sebelum
melaungkan azan Subuh. Diskusinya boleh sahaja panjang memasuki sekian
mazhab dan takrif najis mughalazah. Meski sesungguhnya tidak ada
keperluan
untuk Bilal memegang anjing (dan ya, semua orang dapat menangkap kiasan
yang ingin dihantar. Saya juga tidak bodoh).
Tetapi juga, saya kira, tanpa apa alasan sekalipun filem yang dipenuhi
dengan ciuman, pelukan, dakapan, elusan, gentelan, pautan, gomolan,
belaian, pegangan, ramasan, picitan, urutan, hempukan, goyangan,
dukungan,
kucupan, rabaan, geleman dan yang seumpama dengannya, konon untuk
menggambarkan kasih sayang ini adalah sebuah filem yang meremehkan
malah
menghina persoalan amar makruf nahi mungkar. Peluk sana cium sini
seolah-olah tema kasih sayang ialah peluk cium sesuka hati tanpa batas
dan
garis panduan.
Ukurlah skala iman anda.Filem ini bukan sahaja mencabar budaya tetapi
mencabar duduk letak syariat dengan mempersendakannya.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Siapa di antara kamu melihat suatu
kemungkaran, hendaklah mengubahnya dengan tindakan, jika tak sanggup
maka
dengan teguran, jika dengan itu tak sanggup maka dengan hatinya, yang
demikian itu selemah-lemahnya iman."


Hadis tersebut terang lagi bersuluh menjelaskan bahawa aspek amar
makruf
nahi mungkar merupakan hal yang wajib bagi setiap Muslim. Apatah pula
berada di pihak seorang Bilal yang mewakili institusi keagamaan.
Amar makruf nahi mungkar adalah wajib berdasarkan banyaknya ketentuan
hukum
dalam kesepakatan para ulama, berdasarkan Alquran, hadis, ijma, dan
akhlak
yang mulia.
Lihat sahaja ayat 71 surat At-taubah, ayat 104 dan 110 surat Ali
'Imran,
Allah jelasnya telah mensyariatkan amar makruf nahi mungkar. Justeru
para
ulama bersepakat tentang wajibnya amar makruf nahi mungkar, cuna ia
berbeza
dalam tingkatan wajibnya sama ada wajib 'ain dan wajib kifayah.

Pun ada bahagian yang sangat penting sebagai kembarnya iaitu hal yang
mungkar itu perlu ditegah. Mungkar adalah setiap yang dipandang tidak
baik
oleh manusia dan tidak dibenarkan oleh Allah SWT. seperti maksiat,
menyekutukan Allah, juga melakukan larangan Allah, seperti penzinaan
(iya 8
kali, dalam Gubra lapan kali adalah angka ajaib untuk satu penzinaan
berulang) makan rasuah, menipu rakyat, dan sebagainya.

Perlaksanaan amar makruf nahi mungkar harus dilaksanakan dengan apa jua
cara, ini disesuaikan dengan banyak mana kuasa anda ada.Jika anda bapa
dalam keluarga ya ahli keluarga yang melakukan mungkar harus ditegur
dan
digalakkan melakukan makruf. Jika pemerintah urusan makruf adalah sama
pentingnya dengan pencegahan kemungkaran. Secara fitrah manusia
tertarik
dengan musuh abadinya iaitu iblis. Dan iblis akan bijak sekali
memusing-musing kepala kita hingga kita akan mencari jalan sendiri
untuk
mengatakan ia benar.
Penegahan mungkar dilakukan dengan kekuatan fizik, juga dengan lidah
yang
sopan dan bijaksana, atau hanya dengan diam dalam penyesalan terjadinya
kemungkaran, atau tidak terwujudnya hal yang makruf.
Hal ini tidak terjadi dalam Gubra, Bilal sebagai satu entiti yang
mewakili
institusi keagamaan meredhai jiran-jirannya duduk dalam maksiat. Betul
Bilal Li tak perlu memulau Temah atau Kiah tetapi Bilal Li juga tidak
boleh
meredhainya dengan ikhlas tanpa rasa sesal sedikit pun. Tidak pernah
dalam
filem ini, walau sekali ada gambaran pencegahan di dalam hati yang
paling
rendah tingkatannya dilakukan. Perhatikan dialog di hadapan rumah
pelacuran
yang wajar dicemuh ini:

Temah barangkali bernasib baik kerana mendapat hidayah dan kejutan
Tuhan
kerana disapa penyakit (kemungkinan HIV). Temah mencari Maz, belajar
al-Quran, belajar solat dan menginsafi diri tetapi itu semua datang
dari
Temah. Dan ilham untuk bertaubat tentulah datang dari Allah. Manusia
yang
diberi hidayah seperti Temah tidak ramai, dia mencari hidayah datang.
Tetapi di pihak Maz dan Bilal Li yang tahu agama, tidak ada secuit pun
rasa
kesal rasa mahu mendorong dan rasa nahi mungkar tersebut ditonjolkan
sebelumnya. Tidak ada. Tidak, saya tak minta mereka mengherdik
pelacur-pelacur yang baik itu. Mereka agaknya memang terpaksa melacur
sebab
tak pas SPM atau tak ada modal untuk berniaga nasi lemak bungkus.
Iyalah,
kita mahu percaya mereka melacur kerana tiada pilihan lain. Tetapi
sebagai
sebuah naratif yang bermula dengan Bismillahhirahmanirrahim kita
dikejutkan
kerana Bilal Li dan isterinya bersikap tak apa dengan kerja maksiat
jiran
itu. Bukan sahaja tidak menegah tetapi meraikannya.Kita faham sisi
kemanusiaan yang ingin disogokkan tetapi fahami pula sisi kemanusiaan
yang
Islam tawarkan. Ada rangka dan konsepnya. Kenapa merendahkan ayat
Dengan
Nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang ini?
Ya Islam memang luhur agamanya, mak cik bertudung labuh boleh
menawarkan
rendang ayam buat pesakit sebelah katilnya yang muak mengunyah daging
bab*
seperti di dalam Gubra. Siapa nafikan? Ya Malaysia memang indah kerana
kita
dibina dengan berbagai warna, bangsa, bahasa, masakan dan lain-lain
lagi.
Tetapi memaksakan Islam memahami semua persoalan itu seumpama Islam
sebuah
agama yang tidak cukup adalah sesuatu yang salah. Islam yang harus
difahami, dihayati dan diamalkan.Islam turun untuk kita, kita yang
mesti
fahamkan Islam bukan menceramahkan pula Islam yang mesti memahami kita.
Sungguh ini sebuah filem yang kacau dan sungguh kerana Yasmin serta
pelbagai lagi manusia karyawan filem kita terperangkap oleh definisi
Barat.
Kononnya filem hanyalah gambar bergerak. Dan elemen-elemen kekaguman
(untuk
gubra) yang penuh kepalsuan ditawarkan juga seperti pesakit yang nampak
punggungnya, atau Orked yang selamba meraba puting tetek Alan yang
berbulu,
atau watak Arif lakonan Adlin Aman Ramli menari dengan hanya memakai
tuala
hampir terlucut, atau pujian jururawat India bahawa alat kelakian Pak
Atan
sungguh utuh dan gemilang.Ini filem Malaysia, relaks, cool...itulah
yang
hebatnya, agaknya?
Tidak, filem lebih dari itu. Filem bukan cuma naratif, bukan cuma
gambar
yang bergerak. Filem adalah ar-Risalah seperti yang dinukilkan oleh Dr
Abu
Hassan dari Universiti Malaya dalam bukunya yang akan diterbitkan tidak
lama lagi. Filem haruslah kembali ke jati diri kita, kepada tradisi
penceritaan yang berakar pada bangsa. Bukan caca marba tidak ketentuan
bahasa.
Kasihan, dalam Gubra mereka mahu percaya mereka hidup dalam kebenaran
tetapi orang yang berilmu melihat mereka dalam kebodohan. Seperti mana
kumpulan Sisters In Islam terpekik setiap kali apabila timbul segala
isu
yang mereka rasa harus dimanfaatkan untuk kepentingan diri. Kita tahu
mereka bahlol lagi jahil tetapi mereka rasa mereka maju, moden dan
Tuhan
memang memandang mereka mulia, oh ya dan mereka percaya bisikan iblis:
Tuhan memandang semua orang sama.
Dan tepekkan satu kata-kata Maulana Rumi yang lari konteks setelah
dikerat-kerat bait-bait terdahulunya yang lebih enam ribu itu iaitu
lampu
ada pelbagai tetapi cahayanya sama. Ya, gereja, masjid dan tokong ialah
rumah ibadat yang sama. Tuhan satu. Tuhan sama sahaja.
Begitu? Bagaimana dengan konteks ayat Quran, untuk Kamu agama kamu
untuk
kami agama kami? Cuba buka tafsir terlebih dahulu dan fahami surah
al-Kafirun. Inilah asas jati diri orang Islam yang telah diterap dan
diturunkan awal sejak di Mekah lagi. Surah dengan 6 ayat ini adalah
surah
mengenai jati diri.Dan ya, boleh juga buka surah Taubah kerana ada juga
jati diri orang munafik untuk kita lebih berwaspada dan hati-hati
supaya
tidak jadi seperti mereka.
Kalau tak reti agama jangan syarahkan agama dalam filem.Jangan rosakkan
orang.
Gubra seperti tajuknya. Filem yang kacau, gugup dan ketidaktentuan hala
seperti mana kefahaman dan diri pembikinnya.Dan memang ramai pengekor
dan
orang yang tak ketentuan jiwa menyokongnya.
Saya tidak hairan, bila pengarahnya ditanya wartawan tentang adengan
Bilal
memegang anjing, "Entah, tawakal sahajalah."
Ya konsep tawakalnya begitu.Tawakal gubra.
Allah memang pengasih dan penyayang. Tetapi Allah juga ada nama-nama
lain,
ada sifat-sifat lain yang Allah boleh sahaja menghukum, baran dan
mengingatkan dengan keras. Allah memang Maha Pengampun tetapi Dia juga
tidak memberi belas kasihan. Kerana itu ada neraka sebagai tempat
diazabkan. Baca asmaul husna biar habis, faham Islam biar selesai,
bukan
satu bahagian sahaja. Amar makruf tetapi nahi mungkar diabaikan.
Justeru, kalian memang Gubra. Janganlah membaca Rumi untuk satu bait,
kemudian mendabik dada, khatamlah dahulu Mathnawi dan Diwan, dan
fahamilah
hubungannya dengan Tabrizi baru boleh mengeluarkan hujah di dalam filem
anda. Jangan cemari ajaran kesufian dengan pendirian sesat anda ini.
Hayy Allah !
Wallahu'Alam, moga kita dikurniakan Jalan Yang Lurus yang selalu kita
minta
dalam solat kita itu. Moga kita dilindungi oleh sebarang kesesatan yang
nyata dan juga tidak nyata.
* Ini blog saya jadi saya boleh sahaja meluahkan pandangan saya. Kalau
saya
tak cegah kemungkaran ini dengan tulisan maka saya mengabaikan satu
kewajipan. Anda suka atau tidak, setuju atau tidak itu anda punya
pasal.Hidayah seperti cahaya tak menyapa kamar yang tidak dibuka
jendelanya.






*** RANHILL-WORLEY NOTICE ***
"This email is confidential. If you are not the intended recipient,
you must not disclose or use the information contained in it. If
you have received this email in error, please notify us immediately
by return email and delete the email and any attachments. Any personal
views/ opinions expressed by the writer may not necessarily reflect

the views/ opinions of the company."
GoogleBot
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.