Assalammualaikum dan salam sejahtera semua NEOPIANS...

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH...

Itu adalah pertama sekali saya ingin ucapkan kepada semua NEOPIANS...

Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua NEOPIANS kerana telah menyokong dan memperjuangkan untuk saya dalam menjayakan misi membuat SQUAGUL lvl 1.

Oleh kerana itu, saya ingin mengikhtiarkan bahawa NEO akan berehat pada 31hb Disember 2005(cuti WOE) bagi menyambut kejayaan NEO dan kehadiran anda ke majlis 'Gathering' sangat diundang. Sila rujuk dalam private untuk lebih lanjut.

Selain daripada itu, saya ingin menyeru kepada semua NEOPIANS(baru dan lama) teruskan perjuangan anda bersama NEO. Tingkat semangat dan jgn sesekali menganggap kegagalan itu sesuatu kekalahan tetapi sebagai semangat untuk terus membangun dan berjuang.

Kejayaan NEO bukanlah datangnya dari seseorang... tetapi kejayaan NEO lahirnya dari semangat juang berpasukan dan kerjasama dalam kumpulan. Bangunnya sesebuah 'Empire' kerana ahlinya dan bukan hanya kerana 'Leader'nya sahaja. Anggaplah kejayaan ini sebagai kejayaan kita bersama(NEOPIANS). Maka ingin saya katakan teruskanlah memberi sokongan anda kepada NEO dalam apa jua situasi. Bersama NEO kita jatuh, bersama NEO kita bangun.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengasas NEO kita NEOPIA kerana telah memberi sokongan selama ini. Jasa dan perjuangan anda tidak pernah kami lupakan. Kepada ahli-ahli setia NEO yang telah sentiasa menyokong saya. Terima kasih saya ingin ucapkan dan jasa anda juga tidak akan saya lupakan.

Dengan kejayaan yang telah kita kecapi ini, saya nasihatkan agar semua NEOPIANS untuk menjaga sikap sesama sendiri. Tidak perlu kita megah dan berlaku sombong. Malah ia sudah terbukti dan tiada apa yang dapat menafikan kita adalah yang terhebat. Hormat ahli kesatuan lain dan jangan bermusuh. Hargai penghormatan yang telah diberi oleh orang lain kepada kita.

Akhir kata... marilah kita bersama bangunkan NEO semula di dunia RO. Teruskan perjuangan anda bersama NEO. Buktikan kepada semua Guild NEO akan sentiasa berkumandang di ruang udara RO.

HIDUP NEO...
HIDUP NEO...
HIDUP NEO...

'Have a Very Happy New Year'